Friday, 16 May 2014

CERPEN KOMSAS

CERPEN
Sinopsis
Zic9295 merupakan pembunuh. Dia telah membunuh beribu orang. Dia merasakan yang dia berkuasa dan tiada siapa boleh menandinginya, menyebabkan dia sanggup membunuh beribu orang. Walaupun begitu, dia tetap bimbang jika dia ditangkap. Setiap masa dia berfikir akan kemungkinan itu. Setiap siang, otaknya berputar mencari alasan di mahkamah nanti.Setiap malam, dia seperti memuhasabah diri, kemudian syaitan kembali menghasut.  Dia tidak tenang. Dia berharap agar terlepas dari hukuman di mahkamah, tetapi bagaiana? Semuanya berlaku hanya kerana dendam kesuma kepada Etnik 1800. Dia hanya benci Etnik 1800. Dia hanya tidak mahu Etnik menyebarkan agama mereka, Islam.  Dia hanya cemburu dengan Etnik, mereka akan meluaskan pendidikan mereka. Dia bagaikan sakit hati melihat Etnik 1800 mempunyai agama yang benar, yang memandu mereka. Hanya kerana itu, beribu manusia mati, ada dibom, ada ditembak, ada ditikam. Zic9295 juga mendapat sokongan daripada pihak lain, yang dia anggap lebih kejam darinya. Tetapi di mahkamah, bukankah orangnya juga yang memonopoli mahkamah? Siapa Zic9295? Siapa pula golongan Etnik 1800 ?
Tema dan Persoalan
*      Tema yang diketengahkan adalah ketakutan kepada kesalahan. Orang yang bersalah tetap takut walaupun cuba memujuk hati.
*      Persoalannya adalah ketakutan, dendam, kekejaman dan perbuatan tidak berperikemanusiaan.
Watak dan Perwatakan
*      Etnik 1800 = Golongan beragama Isam
       = Rakyat Palestin
       =Sebahagian besar dibunuh

*      Zic9295 = Perdana Menteri Israel yang gila kuasa
  = Pembunuh ramai manusia
   = Seorang yang licik
*      Hakim = Hakim di mahkamah yang mengadili pertuduhan atas Zic9295
*      Serigala Gearbok = Sekutu Zic 9295, tetapi lebih kejam daripada Zic 9295
     = Zic 9295 berlindung dengannya
                 
Plot
AWAL : Zic 9295 merupakan Perdana Menteri Israel dan Etnik 1800 adalah rakyat Palestin.
Zic 9295 telah membunuh Etnik 1800 hanya kerana cemburu kepada Etnik 1800 dan juga dendam yang berkurun disimpan.
TENGAH : Lama kelamaan, Zic9295 semakin takut kerana mahkamah akan mengadilinya tak lama lagi. Dia mencari pelbagai alasan untuk terlepas. Dia takutkan hukumannya atas perbuatan yang lepas. Kadang-kadang, dia juga muhasabah diri seketika.  Zic 9295 berfikir bahawa serigala gearbok lebih kejam daripadanya untuk mengurangkan gusar di hati. Dia dapat mencari alasan untuk terlepas. Namun, dia berfikir kembali, bukankah dia ini Israel yang menguasai Palestin bumi Islam? Sudah semestinya mahkamah pun dikuasai Israel.
AKHIR : Di mahkamah Jenayah Antarabangsa, Zic 9295 membalas soalan hakim dengan jawapan yang kurang bernas, dan oleh kerana Zic 9295 memang bersalah, dia akan dihukum. Memang itu balasan untuk pemimpin yang begitu.
SUDUT PANDANGAN

*   Sudut pandangan orang ketiga terbatas

REFLEKSI HARIAN- 16 MEI 2014

Assalamualaikum....
Hari ni hari Jumaat. Sekejapnya minggu ini berlalu. Sibuk. Exam. Oh ya, hari ini Hari Guru! Jadi, saya pun wish pada cikgu saya di sekolah lama. Hari ni periksa Kimia dan PJK. Oklah, boleh jawab. Alhamdulillah.... Esok cuti. Yay! Petang tadi, keluarga saya datang. Ada juga abang saya yang baru semalam balik dari Kanada.. Saya dapat teddy bear putih, kenangan. Comel!

Thursday, 15 May 2014

REFLEKSI HARIAN- 15 MEI 2014

Assalamualaikum lagi....
Hari ni, patutnya abang saya sampai Malaysia dari Kanada pukul 6.10. Tapi, ada masalah, sampai lambat sikit. Petang. Takpe, yang penting hari ni. Oh ya, Facebook dah boleh buka! Hari tu, kalau guna internet UKM-Pelawat, Facebook tak boleh. Disekat mungkin. Hari ni, exam Bahasa Melayu dan Sejarah. Alhamdulillah, senanglah juga... Esok Kimia dan pend. Jasmani. Laptop saya tak dapat nak sign-in... huhu.. Internet oh internet, mana kau pergi? Sign-in oh sign-in, mana kau lari?

REFLEKSI HARIAN- 13 MEI 2014

Assalamualaikum
Hari ni hari Selasa. Cuti! Yay! Saya tak buat apa sangat. Buat kerja, makan, tidur. Malam tu baru study. Best, tengah tension study tiba-tiba cuti. Yalah, hari Wesak. Bye! :)

REFLEKSI HARIAN- 14 MEI 2014

Assalamualaikum
Hari ni hari Rabu. Exam biology dan matematik. Tidak! Biologi ok lah juga. Matematiiiikkk..... haha. mengecewakan. Harap carrymark  membantu. Bye!

Wednesday, 14 May 2014

REFLEKSI HARIAN-12 MEI 2014

Assalamualaikum...
Hari ni, cuti! Yay! Hari ni hari Wesak. Jadi, dari pagi, saya hanya duduk di bilik. Tak pergi ke mana-mana. saya sarapan pukul 11 pagi hari ini, syok sangat berbual dengan kawan biliks ebelah. Pasal? Macam-macam! Lepas itu, saya terus makan tengah hari di dewan makan. Ikan bakar. Lama tak makan. Lepas zohor, saya tertidur. Sampai petang. Hehe. Novel, tak bergerak pun, tapi saya dah edit sikit ayatnya. InsyaAllah lagi sedap. Bye!

Monday, 12 May 2014

REFLEKSI HARIAN-10 & 11 MEI 2014

Assalamualaikum...
Saya gabungkan sekali ya hari ni dan semalam. Penatlah buattiap-tiap hari. Sekarang ni Sabtu dan Ahad, duduk di rumah pakcik. Jalan-jalan, tidur, makan, belajar sikit dengan keluarga. Itus erba sedikit kisah saya hujung minggu ni. Bye!

REFLEKSI HARIAN-9 MEI 2014

Assalamualaikum. Yay! Petang ini saya balik. Tapi minggu depan dah exam. Di kelas Philosophy hari ni, kami mendapat aiskrim Matkool dan dua bar coklat. Best! Tapi cikgu kata, ni minggu last kelas Philosophy untuk semester ini dan semester depan tiada. Alaaaaa..... Takpe bye!

REFLEKSI HARIAN-8 MEI 2014

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ini hari Khamis. Tiada apa sangat. Oh ya.. lupa pulak. Apa saya nak cakap? Tak ada apa-apa pun... Haha tertipu..  Minggu depan nak periksa. Doakan kami QuadP. Esok saya balik. Ramai yang balik sebab tiada elektrik. Tak sabar!

Thursday, 8 May 2014

REFLEKSI HARIAN- 7 MEI 2014

Assalamualaikum..
Hari ni Rabu, tiada apa sangat. Pagi-pagi saya bangun dan melihat phone, ada Whatsapp. Saya buka. Abang saya yang di Kanada berkata yang dia tak dapat balik hari ni, ada masalah sikit. Minggu depan Insyaallah. Alaaaa... Nak belajar Fizik... Takpe, ada hikmahnya...

REFLEKSI HARIAN-6 MEI 2014

Assalamualaikum semua!
Hari ini hari Selasa. Banyak assignment kami dapat. Tidaaaaak!Minggu depan nak exam. Kena buat novel, cerpen, update blog. Itu baru B. Melayu je tu. Penat dah menghadap laptop. Sekarang ni, pergi mana-mana bawa laptop. Kalau tak bawa memang rugi. Kalau bawa, sekejap pun dibuka juga. Kena cari peluang buat kerja secepat mungkin. Penaaaattt.....

REFLEKSI HARIAN-5 MEI 2014

Assalamualaikum.
Hari ini Isnin. Saya dapat tahu yang  hujung minggu ni boleh balik sebab di sini tiada elektrik. Yaayy! Minggu depan dah peperiksaan. Doakan ya....
Hari ini hari pertama minggu ni. Alhamdulillah, kebelakangan ni saya dan kawan-kawan cepat faham apa yang cikgu ajar. Fizik saja lagi kena mantapkan. Kalau dulu Kimia paling susah, sekarang Fizik jauh lebih susah. Takpe, insyaallah saya cuba belajar dengan abang saya yang insyaallah balik ke Malaysia Khamis ini. Bye!

Monday, 5 May 2014

REFLEKSI HARIAN-4 MEI 2014

Assalamualaikum...
Hari ni hari Ahad. Tak ada apa sangat pun. Pagi tadi saya terbangun lambat, terlepas Subuh! Kena qada'. Astaghfirullahalazim... Oklah, sepanjang hari ini saya 'tekun' depan laptop, siapkan kerja . Tapi sambil tu dengar lagu dan Facebook ada jugak. Khamis ni abang saya balik. Lama tak jumpa. Kalau jumpa pun dalam Skype je...
Bye...

Sunday, 4 May 2014

REFLEKSI HARIAN-3 MEI 2014

Assalamualaikum...
Hari ini hari Sabtu. Saya lebih banyak menghabiskan masa seharian di depan 'laptop' untuk membuat kerja Bahasa Melayu dan Falsafah yang banyak sangat dan memeningkan. Hari ini roommate saya balik melawatt ibu saudaranya di hospital, jadi saya duduk di bilik saja, kadang-kadang ditemani kakak saya. Itu saja.

Friday, 2 May 2014

REFLEKSI HARIAN-2 MEI 2014

Asssalamualaikum...
Hari ini hari Jumaat. Pagi tadi, kelas matematik terkunci jadi kami duduk di luar kelas dan berbual bersama cikgu kami. Lepas itu, kami ke kelas Falsafah yang dinantikan setiap masa. Sebab...... kami akan dapat makanan! dan hari ini, kami dapat aiskrim Magnum! Wau. Lepas habis kelas, kami ikut cikgu ke bilik guru dan dapat satu lagi aiskrim Cornetto. Waaaah! terima kasih cikgu!

REFLEKSI HARIAN-1 MEI 2014

Assalamualaikum...
Hari ini hari buruh, jadi kami cuti sebab cikgu cuti. Special tak, 'kami cuti, cikgu tak semestinya cuti, tapi kalau cikgu cuti, kami pun cuti!' Hehe. Hari ni kami ada explorace yang dibuat oleh MTK, Majlis Tertinggi Kolej. Saya kumpulan 10, berpakaian hijau. Kami kumpulan kedua sampai, tapi dapat hadiah saguhati sebab penilaian berdasarkan markah,bukan masa. Tapi takpe, yang penting 'enjoy'!

REFLEKSI HARIAN-30 APRIL 2014

Assalamualaikum dan hai!
Hari ni saya rasa agak gembira kerana hari ini tak banyak sangat belajar, dan esok cuti sempena hari buruh! yayy! Tapi, eosk ada explorace! Malam ini, kami buat perjumpaan untuk explorace esok... Tak sabar pula. Takpe, kita tunggu esok. Bye!