Wednesday, 30 April 2014

REFLEKSI HARIAN-29 APRIL 2014

Assalamualaikum....

Hari ini hari Selasa. Ya! Dan hari ini adalah hari lahir kawan sekelas saya, Aliah Khairina. Saya tak bagi hadiah apa pun. Maaf Aliah, Happy Birthday! Kami belajar matematik pada waktu pagi. Alhamdulillah, kami faham tajuk Algebra tingkatan 2 dengan izin Allah melalui guru Matematik kami yang comel, Miss Su. Saya rasa gembira hari ini. Malam pula, saya ke luar kelas dan duduk di koridor untuk dapatkan internet. Yes! 5 Bar! Alhamdulillah, sejak internet ditukar jadi UKM-Pelawat ni, lebih laju pulak dari internet dulu, UKM-Tetamu. Bye, itu saja.

Tuesday, 29 April 2014

REFLEKSI HARIAN-28 APRIL 2014

Assalamualaikum......

Hari ini hari Isnin. Semalam, saya pulang daripada cuti balik bermalam. Petang Jumaat, ibu saya datang menjemput saya dan kami duduk di rumah bapa saudara saya sehingga hari Ahad dan kami balik ke sini. Saya rasa puas dapat berjumpa keluarga kali ini walau pada awalnya kami merancang untuk study untuk peperiksaan akan datang, tapi tak dilaksanakan.
Hari ini,saya sekolah seperti biasa. Waktu pagi, saya masuk ke kelas Self Development dan kami menduduki kuiz untuk carrymark kelas itu. Kemudian, kami rehat dan belajar Bahasa Melayu. Kami mendapat tugas menyiapkan novel dan menganalisis cerpen. Aaaaa!!!!! Kena hantar sebelum peperiksaan! Tidaaak!!! Selepas itu, kami diminta mencipta puisi dan kami perlu mengkritik puisi kawan kami.
Itu saja, assalamualaikum. :)

Monday, 28 April 2014

REFLEKSI HARIAN-24 APRIL 2014

Assalamualaikum...
Hari ni hari khamis. Tak banyak kelas yang saya ada. Sama macam semalam. Kami ambil peluang itu untuk siapkan assignment dan menghafal cerita untuk kelas Inggeris. Hari ini pula tu. Tak apa, usaha jangan lupa.
Malam ini, memandangkan esok ada Pertandingan Merentas Desa, jadi kami berkumpul mengikut rumah sukan dan berbincang untuk esok. Saya tak sabar menunggu esok walaupun saya tidak bersenam langsung. Sudah hampir sebulan saya tak senam, kemudian esok terus lari. Tak tahulah apa akan jadi... Doa sajalah supaya tak sakit teruk esok.
 p/s:Saya bukan seorang yang suka menulis diari setiap hari, sebab itulah jadi begini...
Itu saja, sekian.

Puisi tentang MH370

MH370


Tanggal 8 Mac mencipta sejarah,
Mencipta nama setiap pelosok dunia,

Dikau membawa penumpang menuju Beijing,
Dari Lapangan di Kuala Lumpur,
Hilang dari radar tanda awalnya.

MH370,
Kerna hilang kau dapat nama,
Setelah diri tidak terkenal,
Kau tiada, namamu ada,
Menjadi sejarah ingatan kami.

Keluarga sedih, negara simpati,
Atas apa menimpa dikau,
Keluarga memberontak,menyalahkan pemimpin,
Demi itu, pulanglah wahai pembawa penumpang.

MH370,
Adakah kau sedar,dirimu dicari?
Atau kau sudah tak sedar, wahai MH370?


Banyak spekulasi seluruh dunia,
Lautan Hindi pencarian utama,
Sebulan lebih tak dijumpai,
Negara lain ramai menarik diri.

MH370,
Adakah engkau dirampas?
Adakah engkau terhempas?
Berilah jawapan kepada kami,
Tuk kurangkan gusar keluarga penumpang.

MH370,
Kemana dikau?
Mengapa kau hilang?
Mengapa kau hanya berdiam diri?
Munculkan dirimu hai MH370,
Ya tuhan, bantulah kami mencarinya.                                                             

MH370
Keluarga penumpangmu menantimu, 
Seluruh Malaysia menantimu,
Malah seluruh dunia menantimu,
Pulanglah,pulanglah....      




REFLEKSI HARIAN-27 APRIL 2014

aSSALAMUALAIKUM.............................................................................................................................
............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Sunday, 27 April 2014

REFLEKSI HARIAN-26 APRIL 2014

-

Assalamualaikum..........
Assalamualaikum,assalamualaikum,assalamualaikum,assalamualaikum...




Saturday, 26 April 2014

REFLEKSI HARIAN-25 APRIL 2014

Assalamualaikum...
Hari ini tiada kelas kerana kami ada Merentas desa. Pagi itu, saya agak kecoh bersiap dan kawan serumah sukan dengan saya menemani saya sepanjang hari ini. Mungkin sehingga habis musim sukan ini rasanya.

Setelah sarapan, kami membuat pemanasan badan dan kumpulan demi kumpulan dilepaskan untuk berlari. Kumpulan saya kumpulan terakhir, hanya 3 kilometer berbanding kategori lain iaitu 4 dan 5. Saya dan kawan saya, A(bukan nama sebenar), mendapat tempat di depan, jadi kami lebih cepat meninggalka orang lain. Dihadapan kami hanya 3 orang saja. Keluar saja dari Permata Pintar, saya mahu berhenti berlari tapi diteruskan juga. Kerana A menyokong saya, saya dapat berlari sehingga ke Bukit Puteri dan dalam perjalanan balik, saya ditinggal A yang merupakan atlet. Tapi saya lebih suka dia pergi dahulu agar rumah kami mendapat tempat. Dipendekkan cerita, A mendapat tempat pertama untuk kategori kami. Yaaayyy!!! Saya pula mendapat tempat ke-6. Mungkin ok kerana saya tak pernah merentas desa sebelum ini.

Banyak lagi mahu diceritakan, tapi tangan sudah agak penat menaip. Selepas itu saya dijemput ibu unutk balik bermalam. Bye....

Thursday, 24 April 2014

REFLEKSI HARIAN-23 APRIL 2014

Assalamualaikum..
Hari ini berlalu seperti biasa. Saya 'berwhatsapp' dengan keluarga pada waktu Elektif.
Saya rasa saya tiada apa mahu dicakapkan, memandangkan hari ini saya mahu menyiapkan assignment yang terlalu banyak.
Itu saja,terima kasih.
Assalamualaikum....

Assalamualaikum....

Tuesday, 22 April 2014

REFLEKSI HARIAN-22 APRIL 2014

Assalamualaikum dan hai!!!
Hari ini, saya pergi kelas dan belajar seperti biasa. Dari pagi, saya berasa sangat seronok. Saya pun tak tahu kenapa. Ketika kelas Kimia, cikgu lambat habis kelas,jadi kami tunggu di luar. Dan bila cikgu keluar, kami dengan 'berat hati' masuk. Tetapi akhirnya kami 'enjoy' di dalam kelas Kimia. Petang itu, kami belajar Fizik dan saya rasa saya perlu mantapkan lagi Fizik.
Sebenarnya saya tiada apa lagi ingi ditulis. Oh ya, malam ini saya berasa sunyi. Teman sebilik say tiada, kawan saya sibuk.. Huhu.. Tapi tak apalah, mereka pun ada kerja 
BYE!!!:)

REFLEKSI HARIAN-21 APRIL 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya minta maaf kalau refleksi saya selama ini tak menarik...
Pagi ini, saya bangun jam 6 pagi. Saya tergesa-gesa kerana ingin membasuh baju. Saya dan kakak ke tingkat 1 kerana mesin basuh di tingkat 3 penuh. Tapi duit tak boleh masuk. Kaim naik dan basuh di atas walaupun mesin ada masalah. Dipendekkan cerita, kami habis RM8 untuk membasuh baju yang selalunya hanya RM2 seminggu.
Saya ke sekolah memakai baju putih hari ini, bukan uniform sekolah kerana sebab tertentu. Hehe... Kami belajar macam-macam hari ini. Assignment juga masih banyak perlu disiapkan. Di kelas Sejarah, kumpulan saya membentangkan assignment minggu lepas. Kemudian kami balik ke bilik dan saya berkejar ke Blok lain untuk menolong kawan print assignment. Jadi saya tak tidur pada tengah hari seperti kebiasaan.
Kemudian kami belajar lagi. Petang itu, kami merancang untuk pergi riadah kerana Jumaat ini ada pertandingan Merentas Desa. Tetapi hujan. Apa pun, saya harap saya dapat meningkatkan stamina kerana sudah terlalu lama saya tidak riadah.
Itu saja, terima kasih...

Monday, 21 April 2014

REFLEKSI HARIAN-20 APRIL 2014

Assalamualaikum......

Hari ini merupakan Hari keusahawanan bagi Pusat Permata Pintar dan ia adalah yang pertama di sini. Tahun sebelum ini, tiada Hari Keusahawanan. Malam tadi, seorang senior telah berpesan menyuruh kami turun ke dewan serbaguna pada 8.15 pagi. Aduuuuhhhhh.... Macam tahu-tahu saja yang kami akan turun lambat. Tapi takpelah, turun je....

Saya dan kawan-kawan sarapan dulu di dewan makan. Kemudian, kami ke dewan serbaguna dan membeli kupon, duduk di tangga utama dewan sementara menunggu gerai-gerai dibuka. Kami pun membeli sedikit selepas itu. Permainan juga disediakan tetapi di tempat lain, mengikut penganjur permainan itu. Saya mengikut kawan saya dan teman sebiliknya(senior) ke Rumah Hantu yang disediakan oleh kelas 5K7. Sampai di sana, dikatakan yang ia akan dibuka jam 9.30. Teman sebilik kawan saya itu sedih. Katanya, dia perlu balik waktu itu juga, jadi kalau tak sempat sekarang, dia tiada peluang merasai Hari Keusahawanan Permata Pintar memandangkan dia berada di Tingkatan 5. Dia memulangkan kupon kawan saya yang diambil tadi kerana kawan saya belanja dia RM2. Ahli kelas 5K7 memujuk dan berkata, kalau nak sekarang, satu hantu saja boleh ditunjukkan. Tetapi dia terus berlari balik ke bilik untuk bersiap ke Persembahan Gamelan. Kami ke dewan serbaguna kembali dan makan waffle
Kami ke Maze yng dibuat oleh kelas teman sebilik saya, 5K6. Misi mencari barang tertentu dan seorang puteri raja perlu diselesaikan. Saya seronok. Sementara saya dan seorang kawan bermain, 3 yang lain pergi rumah hantu. Apabila saya keluar dari Maze, kami terus ke rumah hantu. Kawan saya yang dari tadi sudah naik masih beratur. Tak lama, tiba giliran mereka. Mereka masuk. Kawan saya lagi seorang ingin ikut kami. Kami fikir yang kami tidak perlu lampu suluh yang disediakan kerana ada orang mengatakan hantunya tidak menakutkan kerana cerah. Akhirnya, kawan saya keluar dan terduduk di tegah jalan. Kami ketawa. 
Ketika kami di hadapan barisan, penjaga kaunter memberi kami lampu suluh kerana kawan saya agak lemah semangat. Patutnya, lampu suluh akan kita dapat kalau membayar RM1. 2 pelajar tingkatan 4 pula ingin ikut kami. 
Apabila masuk, 2 pelajar  itu mendahului kami. Bermacam hantu kami nampak. Ada'pocong',hantu yang berada di atas kerusi roda dan macam-macam lagi. Kawan saya yang takut memegang lampu suluh dengan terketar-ketar kerana dia berada di belakang sekali. Saya mengambilnya dan menyuluhnya. Kawan saya hanya jerit dari awal hingga akhir dan menutup mata,jadi dia tak nampak satu hantu pun. Tapi dia dikejar pocong yang melompat-lompat di belakangnya sambil menjerit kuat. Sakit telinga, katanya. Semakin jauh, semakin kurang hantu yang menakutkan. Ketika suasana tenang, saya ternampak seorang lelaki Cina berbaring dan menutup muka. Apabila saya nampak kakinya, saya berkata,"Hmm.. Pakai kasut sukan je pun." Dan apabila saya dipegang 'seorang' hantu, saya menyuluh mukanya berkali-kali hingga dia silau dan lepaskan saya. hehe.. Nampak saja pintu keluar, saya terus pergi tanpa memikirkan pocong yang berbaring di depan pintu.
Kami keluar dan ke dewan serbaguna. Mujur ada 2 pelajar itu yang dapat membantu kami menghilangkan takut. Kami duduk, membeli dan kemudisn bslik ke hostel... 

REFLEKSI HARIAN-20 APRIL 2014

Sunday, 20 April 2014

REFLEKSI HARIAN-19 APRIL 2014

Assalamualaikum...

Hari ini hari Sabtu. Dan hari ini ada perjumpaan kokurikulum. Jadualnya ialah pagi adalah sukan permainan. Memandangkan kelas Taekwando dibuat pada hari Khamis, pagi itu sy duduk keseorangan dalam bilik. Pukul 12, ibu dan ayah saya melwat dan kami keluar ke Kolej Keris Mas dan makan tengah hari. Petang itu, saya duduk dalam bilik saja. Teman sebilik saya keluar untuk menyiapkan kerja untuk Hari Keusahawanan esok. Memandangkan saya tidak bersemangat untuk menulis jurnal ini, jadi tunggulah jurnal esok yang InsyaAllah lagi best!
Asaalamualaikum...

Saturday, 19 April 2014

REFLEKSI HARIAN-18 APRIL 2014

Assalamualaikum...
Hari ini hari yang agak menyeronokkan bagi saya. Memandangkan hari ini hari Jumaat, kami lebih banyak masa. Waktu Matematik, cikgu tiada, jadi kami duduk di makmal komputer untuk siapkan kerja. Kami kemudian cepat-cepat pergi ke kelas Falsafah atau Philosophy kerana Dr. Sakinah akan memberi kami makanan seperti coklat, kacang dan lollipop setiap kali kelas. Kali ini kami mendapat 'peanut candy'.
Kami kemudian pergi ke kelas Inggeris selepas makan bersama cikgu Inggeris. Kelas kami digabungkan bersama kelas lain. Kami menjalani kuiz dan kelas kami perlu membentangkan kerja semalam. Cikgu agak marah kerana adda pelajar yang tidak fokus ketika belajar. Kemudian, walau sepatutnya kami menghadiri Spiritual Circle, kami bergerak ke Makmal Bioogi 2 dahulu untuk merekod data eksperimen semalam. Kemudian kami ke Spiritual Circle. Petang itu, saya mendengar rancangan 'Misteri Jam 12' di Youtube bersama kawan. kami rancang untuk membuat kerja Kimia, namun disebabkan nafsu tidur datang, tiadalah 'study group' kami petang itu. Malam itu, kami berbual sampai lewat malam dan saya tidak berada dalam bilik saya malam itu.

Thursday, 17 April 2014

REFLEKSI HARIAN-17 APRIL 2014

Assalamualaikum...... :)

Hari ini, saya ke dewan makan sebaik saja turun dari bilik.Sampai di depan dewan makan, saya terhidu bau nasi goreng. Saya terus masuk dan makan. Kemudian saya menghadiri perhimpunan seperti biasa. Kelas pend. Jasmani tiada, jadi kami duduk di perpustakaan. Kemudian kami ke kelas bahasa inggeris, kami dapat assignment dan perlu hantar pada petang esok. Saya rasa ia tidak membebankan saya.

Pada waktu petang, kami ke kelas 12 fasa 2, sedang di sebelah malah seluruh bilik di blok itu digunakan untuk temuduga oleh Petronas, dan sebenarnya kami dilarang berada di situ. Tapi kerana kelas Arab tiada tempat, kami ke situ.

Hari ini, tiada rasa tertekan walaupun agak banyak kerja perlu dihantar esok. Saya rasa gembira.
Itu saja, sekian...

Wednesday, 16 April 2014

REFLEKSI HARIAN-16 APRIL 2014

Assalamualaikum...
 Saya bangun, solat dan bersiap. Selepas itu, saya terus ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan. Selesai perhimpunan, jadual semua pelajar Asas 1 adalah Elektif. Memandangkan kami tidak mengambil Elektif, kebiasaannya kami duduk di kelas dan membuat assignment. Hari ini, beberapa pelajar termasuk saya sarapan ketika waktu subjek Elektif di Dewan Makan.

Selepas rehat, kami ke perpustakaan kerana semua guru mempunyai mesyuarat. Kami duduk di situ selama 2 jam dan kemudian makan tengah hari. Pada petang pula, kelas Biologi dan Seni Visual pun dibubarkan kerana mesyuarat instruktor. Guru Biologi kami sudah berkata bahawa hari Rabu merupakan 'hari kegemaran' untuk diadakan mesyuarat. Jadi, pelajar pun bergembira!!!:)

Pada waktu malam, selepas maghrib, sepatutnya kelas kami menjaga aktiviti surau, tetapi kami, pelajar perempuan Asas 1 mengadakan diskusi mengenai Permatapintar.
Kami juga mengadakan prep malam ini di kelas pelajar Asasipintar kerana kelas kami akan digunakanuntuk temuduga pelajar Tahap 2 esok oleh Petronas. Selepas siap kerja, saya bermain permainan komputer di komputer riba kawan saya. Saya seronok! Kami balik ke bilik dan membuka blog untuk membuat jurnal ini.

Akhirnya, saya berasa sangat seronok hari ini!:D

Tuesday, 15 April 2014

REFLEKSI HARIAN-15 APRIL 2014

Assalamualaikum...

Saya mulakan hari ini dengan bangun agak lewat. Dan, setelah sarapan, saya terus ke Dewan Serbaguna. Hari ini saya menjadi emcee atau pengacara buat kali pertama di Pusat Permata Pintar. Ada ralat berlaku apabila sepatutnya saya bersama kawan, tetapi tiada. Saya terus menarik kawan saya naik pentas. Alhamdulillah, semuanya lancar, saya dan kawan saya tidak berdebar langsung(bagi orang yang sudah biasa, jangan salah faham, kami ini baru.)
Kami pergi ke kelas sepeti biasa. Saya rasa seronok hari ini. Terutama sekali pada waktu petang, ketika hujan saya menambahbaik blog yang saya buat semalam. Tetapi, waktu malam, saya kurang semangat untuk bersiap  ke kelas tambahan Biologi. Tetapi ketika kelas, saya seronok. Kemudian, ketika prep saya
 berasa agak sedih. Sebab saya sedih tak saya kongsikan kerana cara yang saya selesa ialah lebih suka memendam dan biar ia hilang begitu saja. Kemudian, saya balik hostel dan menemani kawan mengambil air panas di blok A, sedang kami tinggal di blok B. Kerana tiada air panas, kawan saya memasak maggi menggunakan air biasa saja, mungkin di sekolah asrama lain turut ada yang buat begitu. 

Itu saja untuk hari ini. Terima Kasih...:)

Kronologi MH370

Spekulasi atau apa jua yang ada di dalam laporan ini tidak berkaitan dengan yang mati atau hidup, hanya sebagai pandangan saya.
Sebuah pesawat MAS yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang jam 2.40 pagi 8 Februari 2014. Penerbangan MH370 itu membawa 227 peumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Kuala Lumpur jam 12.41 pagi dan dijangka tiba pada jam 6.30 pagi esoknya.

Terdapat khabar angin mengatakan bahawa MH370 telah mendarat di Nanming Airport, China tetapi disahkan maklumat palsu.

Terlalu banyak spekulasi menceritakan tentang MH370. Ada mengatakan kemungkinan dirampas, sabotaj dan ada juga mengatakan emosi penumpang dan krew kapal terbang berubah.
Kini, penerbangan MH370 diganti dengan MH318.

Menurut pandangan saya pula, MH370 mungkin telah dirampas oleh Amerika dan disembunyikan di Diego Casia kerana China telah membeli alatan tentera Amerika,drone daripada Afghanistan dan 8 orang saintis China menaiki MH370 untuk sembunyi daripad pengetahuan Amerika tetapi tidak berkesan. Saya percayakan spekulasi ini kerana ceritanya turut menerangkan tentang nama tempat, negara dan bangsa yang terlibat, cuma ia tidak saya terangkan di sini.

Saya fikir, ini sahaja kronologi yang dapat saya bentangkan kali ini. Sekian...
,

Monday, 14 April 2014

REFLEKSI HARIAN -14 APRIL 2014

Assalamualaikum...

 Ini merupakan refleksi pertama saya untuk subjek Bahasa Melayu kerana kelas kami lewat mendapat tugasan untuk mencipta blog ini.

Hari ini, bertarikh 14 April 2014, banyak yang saya lalui. Banyak assignment yang kami terima hari ini. Hari in merupakan antara hari yang penat bagi saya sepanjang berada di Pusat Permata Pintar ini. Disebabkan penat, saya terlewat untuk makan malam dan akhirnya tidak tidak pergi ke dewan makan.
Papan putih di bilik saya digunakan untuk mencatat assignment yang perlu disiapkan. Dan petang tadi papan putih saya penuh dengan 'tulisan' dan sedikit sahaja ruang lagi untuk menulis..

Minggu ini, kelas kami bertugas untuk menjaga perhimpunan dan aktiviti surau. Dan, sekali lagi saya terlewat untuk bertugas. Kami solat di dewan serbaguna. Kerana ustaz yang mengajar kami tidak boleh datang, beberapa orang pelajar lelaki memberi tazkirah dan berkongsi cerita. Baru saya tahu bahawa pelajar lelaki akan terus ke depan jika ingin berkongsi sesuatu, berbeza dengan cara pelajar peremuan yang akan mengangkat tangan terlebih dahulu apabila pelajar sebelumnya memeri ruang untuk orang lain menambah. Lebih sopan saya rasa... Hihi

Saya rasa, setakat ini saja saya dapat mencoret hari ini. Mohon maaf jika ada salah silap. Terima kasih..:)