Wednesday, 3 August 2016
Latihan
Ayat aktif kepada ayat pasif
1. Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah baru bapa saudara saya sedang ditebang olehnya.
2. Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya sedang bdimarahi oleh guru disiplin yang garang itu.
3. Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.
4. Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah dilukis oleh saya.
5. Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik belum dijelaskan oleh awak.
Ayat pasif kepada ayat aktif
1. Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.
2. Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu memainkan perasaan gadis itu.
3. Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.
4. Pegawai Amanah Saham Nasional sedang menjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.
5. Para pekerja di bahagian pemprosesan memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.
Tuesday, 2 August 2016
Laporan iFSC 2016
Pada 26 hingga 28 Julai 2016, Pusat PERMATApintar sekali lagi menganjurkan program tahunan International Future Scientists Conference. International Future Scientists Conference kali ke-5 ini memilih audiotorium Pusat PERMATApintar Negara sebagai platform penukaran ilmu dan persaingan sihat. Program ini dikhususkan untuk pelajar Kolej PERMATApintar dan turut disertai oleh lebih daripada 200 pelajar dari segenap negeri.
Antara sekolah-sekolah yang terlibat termasuklah;
1) Kolej PERMATApintar Negara UKM
2) ASASIpintar UKM
3) Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir Negeri Sembilan
4) MRSM Batu Pahat Johor
5) SM Sains Banting Selangor
6) SMK Jalan Tiga Selangor
7) MRSM Baling Kedah
8) Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
9) Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
10) SM Sains Tg Muhd Faris Petra Kelantan
11) SBPI Rawang Selangor
12) Maktab Tentera Diraja
13) SBPI Gombak Selangor
14) Sekolah Sultan Alam Shah
15) Sekolah Tun Fatimah
16) Sekolah Menengah Sains Labuan
17) Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
18) SMK Infant Jesus Convent Johor
19) Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
20) SMK Adela Kota Tinggi Johor
21) SMK Ulu Tiram Johor Bahru
22) SJK Tamil Ladang Mount Austin (SKK)
Pada 26 Julai, para peserta dari sekolah luar tiba untuk sesi pendaftaran dan majlis perasmian. Majlis perasmian yang diadakan pada sebelah petang itu merupakan sebuah majlis bertentatif rasmi. Kemudian, majlis tersebut dimulai degan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita dan seterusnya disusuli dengan ucapan alu-aluan dan perasmian. Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan seperti persembahan tarian dan nyanyian.
27 Julai merupakan hari keramat bagi pelajar Kolej PERMATApintar memandangkan hari tersebut merupakan hari pembentangan hasil kajian yang telah dilakukan dalam masa lebih kurang setahun. Pembentangan mereka dinilai oleh juri untuk menentukan pencapaian mereka dalam kajian masing-masing.
Antara kajian yang dibentangkan ialah;
1) Child Safety System
2) Hi-Sleep Shock
3) Universal Cool-Heat
4) Gas Volume Indicator
5) The Cytotoxicity Effect of Nephelium Lappaceum Leaves Extract on Human Cancer Cells
6) Waste Not: Used Cooking Oil a Miracle for Sound Absorbent as a Renewable Polymer from Composite
7) Ab-Trap'15
8) Making a Better High-Speed Camera
9) Miracle Under Your Feet
10) Kibo Balls the Salt Water Ball; How to Rescue An Aeroplane-Crashed Survivors
11) My Elaisexmino (MLX) A Solution to Oil Spills
12) Preliminary Evaluation of Durio Zibethinus Husk Extract As Potential Anti-Microbial Agent and Plant Growth Promoter
13) MiMP Detector
14) Hydro Pot 2.0
15) Bioartificial Filter
16) Producing Bioethanol From Oil Palm Leaves By Using Cellulase From Bacteria
17) Sertu Soap
18) From Waste to Wealth: Grange WCO Skin Cream
19) Application of Wind Turbines On Highways to Generate Wind Electricity
20) Application of Effective Microorganism For Sustainable Crop Production
21) Increasing Lipid Yields In Clhorella Vulgaris
22) CaCO Tiles
23) Citrullus Lanatus and Murraya Koenigii As a Solution To Dimishing Pigment of Hair
24) Fybrid
25) The Application of Different Processes In Water Treatment on Water Colour Wastage
26) Smart Rollator
27) Biodegradable Nursery Polybag Made of Ecology Waste
28) Smart Table
29) Reduction of Plastic Waste Using New Fabricated Biodegradable 'Infinity Spoon'
30) Effects of Music on Different Instruments And In Different Tempo to the Mental Concentration of Students
31) Low Cost, Effective and Environmentally Friendly Vermiculture Composting Method
32) Varicella Zoster Herbal Lactis
33) Rhodophyta Eucheuma Cottonii Bio Plastic
34) Study of Commonly Found Herbs in Malaysia And Its Ability of Anti-Mosquito Effect
35) Tapping Gravitational Potential Energy to Generate Electricity-Mini Hydro Electric Generator
36) The Relationship Between Anxiety, Depression and Stress with Academic Stress and Self-Concept Among ASASIpintar Students
37) The Link Between ASASIpintar Students' Resilience with Their Self-Esteem Level And Academic Performance.
38) Individuals with Autism Spectrum Disorder: Their Take on ASD
39) The Efficacy of Trastuzumab as Adjuvant Targeted Therapy In Preventing Cancer Recurrence Among HER-2 Positive Breast Cancer Patients
40) Exploring the Best Approach of Gaba Rice Production from UKM's Rice Varieties
41) The Determination of Sky Brightness at PERMATApintar Observatory
42) Effect of Lonizing Radiation on Plant
43) Forensic Analysis on Lipstick Trace by Using TLC and GC-MS
44) Laparoscopy Training Tools
45) The Effect of Chenodeoxycholic Acid On Efficiency of Dye-Sensitized Solar Cell
46) Metabolite Profiling and Biological Activities of Azadirachta Indica (A. Juss) Leaf Extract
47) Water Harvesting from Air
48) Bio Conversion of Empty Fruit Bunch (EFB) Agro Waste Using Cellulolytic Bacteria Isolated From Termite
49) The Preparation and Characterization of Functional Sago Startch
50) Synergistic Palm-Based Polyurethane System for 2D Decorative Ink
51) Smart Green Anti-corrosion Derived From Imperata Cylindrica In Oil and Gas Pipeline Applications
52) Analysis of Flavonoids in Commercially Available Lignosus Rhinocerus Dried Powder Extract by Reversed-Phase High Performance Liquid Chromatograph (RP-HPLC)
53) The Consequences of Combining Fruit Towards Health
54) The Potential of Lansium Demosticum Leaves to Become The New Addictive Drugs And Its Effects Towards Human Nervous System
55) Absorption and Desorption Studies of CO2 by Cilia Gel Impregnated with Tetradecylamine
56) Smart Green Screen
57) Chicken Skin: Wastes or Resources?
58) Unlocking the Lipid Energy Stored In Plant Cell Walls
59) Replacement of Animal Fat with Red Palm Fat in Beef Burger
60) Genetic Identification of Dried Shark Fins from Sabah Markets
61) The Preliminary Studies of Wound Healing Properties of Impatiens Balsamina
62) Kombucha Skin Patch Hydrogel
63) Creating Pen Drive with Bluetooth Technology
64) From Garbage to Gold: An Alternative to E-Waste Management
65) The Uses of Complementary and Alternative Medicine Among Malaysian
66) The Dangers of Substances of Electronic Cigarettes Among Teenagers in Malaysia
67) Dioscorea Hispida (Ubi Gadong) as a Natural Repellent
68) Effect of 1-Methyl 3-Propylimidazolium Iodine (MPII) On Bio-Based Polyurethane Gel Polymer Electrolyte For Solid-State Dye-Sensitized Solar Cell
Pada sebelah petang pula, sebuah bengkel yang bertajuk ‘My Ramblings through Science: from Nanomaterials to Nuclear Structures to Cosmology and Blackhole Physics’ disampaikan oleh Prof. Dr. Shahidan Radiman. Beliau ternyata hebat apabila memberi maklumat yang bermanfaat.
Pada 28 Julai, sebuah bengkel sekali lagi dijalankan di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Bengkel tersebut dijalankan oleh seorang professor dari Universiti Putra Malaysia.
Program iFSC bakal melabuhkan tirainya apabila majlis penutupan berlangsung. Majlis penutupan tersebut merupakan saat yang paling dinanti-nantikan oleh para peserta kerana keputusan hasil penyelidikan mereka akan diumumkan. Sesi penyampaian hadiah kepada para peserta atas hasil kejayaan mereka turut berlangsung. Majlis penutupan tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan tarian yang cukup menarik oleh pelajar Kolej PERMATApintar. Program ini ditutup dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda penghargaan. Tuntasnya, program iFSC pada tahun ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.

Bina ayat berdasarkan perkataan
a. kemas
- Majikan syarikat itu sentiasa berpakaian kemas demi menjaga personaliti beliau sebagai usahawan berjaya.
b. mengemaskan
- Kakak membantu ibu mengemaskan ruang tamu rumah yang bersepah dengan majalah-majalah lama.
c. kekemasan
- Individu yang berkerjaya sentiasa menjaga kekemasan diri dan persekitaran agar dilihat lebih berwawasan.
d. harga
- Ketika membeli-belah, ayah mementingkan harga dan kualiti barang yang dibeli sebagai langkah berjimat-cermat.
e. menghargai
- Ceramah motivasi itu yang disampaikan di sekolah menengah itu bertujuan menggalakkan pelajar untuk lebih menghargai usaha dan pengorbanan orang lain.
f. penghargaan
- Anugerah Tokoh Pelajar yang disandang oleh pelajar lelaki itu adalah sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah.
Ayat aktif kepada ayat pasif
a. Beberapa buah buku masakan tradisional telah dihasilkan oleh saya antara tahun 2000 hingga 2006.
b. Sayur-sayuran di belakang rumah mesti disiram oleh kamu pada setiap petang.
c. Latihan intensif selama tiga bulan itu dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara.
Kesalahan ejaan dan imbuhan
a. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.
b. Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.
c. Pengurus syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
Kesalahan penggunaan atau istilah dan tatabahasa
a. Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.
b. Keseluruhan penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.
c. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang rombakan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

Wednesday, 20 July 2016
Retorik - Latihan
1. Retorik penghujahan - rasional, tesis, premis dan khalayak
2. Retorik penceritaan - fakta, prinsip kesatuan dan pertautan
3. Retorik pemerian - tepat, jelas, deskriptif
4. Retorik pemujukan - pengaruhan, pemujukan patos, emotif
5. Retorik pendedahan - tepat, tiada emosi, menyatakan dengan berkesan
6. Retorik pemerian - fakta, informatif
7. Retorik pemerian - relevan, rasional, deskriptif
8. Retorik penceritaan - emosi, fakta
9. Retorik pemerian - terperinci, jelas
10. Retorik pendedahan - objektif, tepat, tiada emosi dan pandangan
11. Retorik penghujahan - tesis, jelas, ada bukti
12. Retorik penghujahan - fakta, tepat, ilmiah
13. Retorik penghujahan - rasional, jelas, tesis jelas

Tuesday, 19 July 2016
Retorik
Retorik Pemerian
Saya bersekolah di Kolej PERMATApintar Negara. Pusat PERMATApintar Negara hanya satu di Malaysia dan dunia. Objektif utama pembinaan pusat ini adalah untuk mengasah bakat pelajar berbakat dan pintar. Pada tahun ini, bilangan pelajar adalah seramai 299 orang. Tahun ini merupakan tahun pertama Kolej PERMATApintar terdiri daripada pelajar Asas 1, Asas 2, Asas 3, Tahap 1 dan Tahap 2.
Retorik Pemujukan
Era globalisasi ini, setiap orang semakin sibuk dalam urusan masing-masing sehingga sebahagiannya tidak berkesempatan untuk menjaga kesihatan diri. Berikutan masalah ini, syarikat kami menghasilkan produk baru demi kesihatan masyarakat. Dengan harga berpatutan, produk kami mempunyai pelbagai spesifikasi yang baru dan amat membantu orang ramai. Penyakit-penyakit ringan terbukti boleh dirawat hanya dengan penggunaan produk kami. Rasailah kesegaran dan kesihatan selepas mencuba produk kami. Belum cuba, belum tahu!
Retorik Penceritaan
Setiap pagi, saya melihat ayah saya bersiap untuk ke tempat kerja. Setiap hari Rabu, ayah saya akan memakai uniform Kadet Remaja Sekolah memandangkan ayah saya merupakan seorang guru. Pada hari Jumaat pula, ayah saya akan memakai baju Melayu. Setiap pagi, saya tertarik untuk mengetahui warna baju beliau setiap pagi. Sejak saya memasuki asrama, sangat jarang saya melalui rutin tersebut. Namun kini, apabila pulang bercuti, saya dan kakak selalunya membantu ibu menyediakan pakaian-pakaian ayah saya.
Retorik Pendedahan
Apa yang anda faham tentang tatabahasa Bahasa Melayu? Secara amnya, tatabahasa Bahasa Melayu dibahagikan kepada dua; sintaksis dan morfologi. Kajian tentang sintaksis dan morfologi masih galak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji bahasa. Morfologi bermaksud kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan. Morfem merupakan istilah terkenal dalam bidang ini. Sintaksis pula adalah kajian tentang pembentukan ayat. Unit-unit sintaksis adalah ayat, frasa dan lain-lain.
Retorik Penghujahan
Malaysia sedang menuju ke arah status negara industri. Sebagai negara membangun,Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara membangun yang lain demi memastikan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju. Walau bagaimanapun, masalah ekonomi Malaysia kini menjadi kekangan utama yang perlu ditangani segera. Masalah ini akan menyebabkan Malaysia ketinggalan berbanding negara-negara lain dan segala usaha perlu dianalisis kembali. Laungan keramat Wawasan 2020 bagai telur di hujung tanduk.

Friday, 6 May 2016
Jurnal - Minggu Sukantara
Hari Isnin dan Selasa pada minggu ini diisi dengan aktiviti sukantara. Sekolah cuti dan kami semua menyertai aktiviti yang telah dijadualkan oleh Exco Sukan. Pagi Isnin itu, pelajar perempuan menghantar wakil rumah utnuk bola tampar dan lelaki untuk water polo. Pada hari Selasa, aktiviti pagi dimulakan dengan larian 100m sehingga jam 10 pagi. Selepas itu badminton dan ping pong bertanding di dewan serbaguna.
Pada hari Rabu dan Khamis, sukantara hanya dijalankan pada waktu petang. Pada setiap mala sepanjang minggu ini, perlawanan di dewan serbaguna tetap berlangsung memandangkan banyak kategori dan peringkat. Pada hari Sabtu, Hari Terbuka Asrama dijalankan serentak dengan Hari Keusahawanan. Setiap rumah sukan perlu membuat aktiviti bagi mengumpul wang untuk perhiasan khemah pada hari sukan nanti. Sapphire mengadakan The Infested Land, Emerald dengan Fear Factor, serta Ruby dan Topaz dengan sukaneka.
Minggu ini sangat padat dengan aktiviti sehingga setiap malam akan balik lewat serta rehat tengah hari dan petang yang tak menentu. Walaupun begitu, kami enjoy dengan kenangan-kenangan manis ini, dengan mengatasi setiap masalah yang boleh menjadikan ia sebagai kenangan pahit.

Thursday, 5 May 2016
Jurnal - Kem Unit Beruniform
Pada petang Jumaat 15 April, kami ke auditorium Pusat PERMATApintar Negara untuk majlis penyerahan pelajar. Majlis perasmian berjalan seperti biasa dengan kehadiran pegawai-pegawai dari unit-unit beruniform. Kolej PERMATApintar memilih Kadet Polis, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Bomba dan Penyelamat serta Kadet Bulan Sabit Merah.
Setelah berakhirnya majlis yang berlangsung selama sejam itu, maka bermulalah Kem Unit Beruniform dan Jati Diri Kolej PERMATApintar Negara bagi sesi 2016. Kami sudah teruja untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan walaupun kem ini hanya di sekitar kolej. Pada tahun 2014, kem diadakan di hutan simpan Pahang. Pengalaman di sana tidak akan hilang dari minda memandangkan itu merupakan kem pertama saya sejak melangkah ke alam sekolah menengah. Tahun lepas, kem ini hanya diadakan di kolej atas faktor kewangan. Walaupun begitu, Kadet Pertahanan Awam keluar selama sehari untuk melakukan aktiviti di hutan sekitar Rumah Haiwan UKM.
Petang itu, kami menjalankan aktiviti ice breaking dan pembahagian kumpulan. Pada malam itu, sukaneka telah dijalankan. Saya berasa puas apabila kadet saya memenangi lebih 5 daripada 9 permainan. Antaranya adalah blindfold, spiderweb, tiup bola ping pong dan futsal sarung. Pada hari Sabtu, aktiviti dijalankan di bilik kaca kolam renang. Malam itu, kami mmenjalankan aktiviti LDK. Atas permintaan segelintir orang, kami mengadakan night walk. Bermula pada jam 1240 pagi, kami berkumpul di blok pensyarah. Kami dibawa berjalan beberapa ketika dan disuruh duduk berseorangan. Bak kata pegawai JPAM, hayatilah bunyi-bunyi alam dan muhasabah diri. Sebagai ahli jabatan, apabila banyak melakukan aktiviti menyelamat, tinggal di hutan beberapa malam bukanlah suatu perkara yang asing. Ketika itu, mata kabur dek kegelapan. Hanya deria lain menjadi petunjuk jalan.
Pada hari Ahad, kami mengadakan sedikit eksplorasi ringkas yang berkaitan dengan ilmu pertahanan awam. Majlis penutup mberlangsung pada sebelah petang. Saya gembira dapat menyertai kem ini dan ia membawa banyak pengajaran untuk diaplikasikan di kemudian hari.

Thursday, 31 March 2016
Jurnal Harian - 31 Mac 2016
Hari ini berjalan seperti biasa. Sejak pagi hingga petang, kami mengikuti kelas seperti biasa. Cuma pada waktu kelas Bahasa Melayu, cikgu tidak dapat masuk ke kelas kerana mengiringi peljara Level 1 ke Lawatan ke Bank Negara (?). Result peperiksaan InsyaAllah akan keluar pada minggu depan. Saya tidak meletakkan harapan yang lebih untuk kali ini, memandangkan sistem markah ditukar kepada 80%-20% secara tiba-tiba.
Sedar atau tak, hari ini hari terakhir dalam bulan Mac 2016. Selepas ini, bulan 4 pula. Sudah 1/4 daripada tahun ini sudah kita lalui. Cepat masa berlalu, bukan mudah untuk kita menggunakannya sebaik mungkin.
p/s: semalam sewaktu membuat Google Search, baru saya tahu 31 Mac merupakan tarikh berlakunya Perang Ahzab. Setiap hari tiada alasan untuk kita leka dengan dunia . ^-^

Wednesday, 30 March 2016
Ringkasan Isi Silibus Bahasa Melayu Tinggi
Minggu 11
Jenis-jenis Laras Bahasa
Jenis-jenis Laras Bahasa
- umum - tiada istilah teknikal, mudah, tiada kata pinjaman
- teknikal - istilah khusus, ilustrasi
- undang-undang - tiada gambar, prinsip undang-undang
- agama - unsur klasik, istilah agama, mengandugi ibarat, kias dan cerita
- himbauan - menyatakan faedah dan ajak atau tegah
- klasik - tiada tanda baca, ayat pasif, tiada imbuhan asing
- kreatif - ayat aktif dan pasif, lambang dan kiasan
- kanak-kanak - ayat aktif tunggal, kata akar dan kata adjektif
- iklan - grafik, ilustrasi, teknik kesan, ayat tunggal
Ringkasan Isi Silibus Bahasa Melayu Tinggi
Minggu 10
Unit Bahasa
- perkataan - bentuk bebas terkecil
- frasa - satu atau lebih perkataan
- klausa - unit terbesar dalam ayat (subjek dan predikat)
- ayat - terdiri daripada subjek dan predikat (penyata, tanya, perintah, seru)
Jenis Ayat Bahasa Melayu
- selapis, berlapis, berkait, bercampur, ringkas
Ciri Bahasa Wahana Ilmu
- Bahasa Terhad, Bahasa Terbina
Ciri Bahasa Melayu Asas
- bukan bahasa loghat, bukan bahasa pasar, bukan bahasa kanak-kanak
Ciri Khusus Bahasa Ilmiah
- nada bersahaja, istilah khusus, ragam pasif
Laras Bahasa
- penggunaan bahasa yang ditandai oleh ciri-ciri khusus dan setiap laras berbeza mengikut bidangnya.
Kajian Laras Bahasa
- Ciri-ciri Keperihalan - situasi luaran, situasi persekitaran
- Ciri-ciri Linguistik - leksis, tatabahasa, gaya bahasa, kohes
Faktor Laras Bahasa
- Jantina, pendidikan, status sosial,umur
Faktor Kewujudan Kepelbagaian Laras
- pemula, penerima, jenis bahasa, latar

Tuesday, 29 March 2016
Negara-negara Islam di dunia pada masa kini mengalami banyak pergolakan di dalam dan luar negara mereka. Malah negara-negara yang sedang maju dalam perkembangan Islam juga dikecam sesetengahnya. Kuasa asing menceroboh kedaulatan negara atas alasan kekayaan negara tersebut, atau demi menjatuhkan Islam sebahagiannya. Ini memberi kesan buruk kepada rakyat seluruh negara-negara besar tersebut, yang ingin memberontak atas kekejaman kuasa luar yang membuat kacau di dalam negara mereka.
Ada yang ditembak, ditikam seterusnya diculik dengan diseret sejauh berpuluh meter. Melihat video-video berkenaan kekejaman yang dialami oleh rakyat di sana membuatkan saya terfikir tentang perjuangan mereka untuk Islam sehingga sanggup mengabaikan risiko individu yang bakal mereka terima demi manfaat agama dan negara. Bak kata orang, mereka bukanlah sengaja mencari masalah dengan melawan tentera asing secara berseorangan atau kumpulan kecil, tetapi tekadnya hati mereka untuk menunaikan hak agama kepada diri setiap muslim. Dalam keadaan getir, mereka mencari peluang sebaik mungkin bagi melindungi orang lain walau perlu berkorban harta. Dalam keadaan sebegini, korban masa dan harta bukanlah satu persoalan lagi memandangkan hanya nyawa yang menjadi perhitungan bak telur di hujung tanduk.
Sedang saya menulis ini di makmal di sekolah, pandangan saya teralih pada sesuatu di luar tingkap di hadapan saya. Di depan mata saya,sebuah auditorium yang sering dimegahkan berdiri bangga, setinggi kebanggaan pelajar-pelajar, guru, pihak pentadbiran serta Malaysia atas Program PERMATApintar ini. Langit yang biru tanpa dilindungi awan dihiasi burung yang terbang indah menikmati kebebasan. Lantas saya terfikir, ketika saya mengenangkan saudara-saudara Muslim saya di Syria, Palestin dan beberapa negara lain, fizikal saya masih berada di tengah-tengah keamanan dan kebebasan. Jika pandangan saya apabila melontar pandangan ke luar kelas seindah burung berterbangan dan tumbuhan-tumbuhan menghijau, pelajar-pelajar di sana mungkin akan berpaling ke luar kelas disebabkan bangunan berdekatan dibom. Jika saya lebih mensyukuri nikmat Tuhan apabila menyedari hakikat keamanan ini, mungkin mereka menghargai setiap detik yang ada kurniaan Tuhan dengan rasa takut berada di atas bumi sendiri.
Tetapi, perasaan takut mereka tidak menggerunkan hati untuk tetap teguh berjuang mempertahankan negara. Saya sedar, saya tidak merasa ketakutan, kegentaran, kesedihan malah keazaman berjuang sehebat mereka. Untuk tidak henti mengambil berat seterusnya mendoakan mereka saya rasa patut kita mengambil bahagian, sebagai sekecil-kecil usaha kita membantu mereka.
Seorang rakyat negara tersebut pernah menyampaikan mesej khas kepada rakyat Malaysia dan negara-negara Islam lain yang aman, katanya ,"Mereka di Palestin dan Syria meletakkan harapan yang tinggi kepada kamu semua. Mereka melihat kamu sebagai saudara Muslim yang baik yang berasal daripada negara yang aman dan mengamalkan Islam. Kamu mereka lihat sebagai sebuah negara Islam yang berjaya. Jadi jangan tunjuk siapa kamu yang sebenar, dan apa sebenarnya yang sedang kamu lakukan."
Daripada pesanan tersebut tersirat nasihat yang mendalam dan teguran tentang kelakuan rata-rata warga negara kita yang kurang rasa syukur atas nikmat Allah yang menjadi impian rakyat di sana. Tuntasnya, kita perlu memperbaharui niat kita demi Islam setiap hari. Saya juga akhirnya menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama merasai kesakitan dan keperitan mereka, seperti sakitnya kita apabila ia menimpa ahli keluarga kita sendiri. "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga". Kebebasan saudara-saudara Muslim kita di sana, juga kebebasan kita. Kedaulatan mereka, kedaulatan kita. Ketertinggian mereka, kemuliaan kita. Mereka mengharapkan kita membuka mata hati untuk melihat impian mereka melihat langit dihiasi awan tenang, sekolah dan hospital-hospital berdiri teguh mencipta nama. Sahutlah seruan mereka untuk bersama-sama berjuang demi kebebasan!

Thursday, 24 March 2016
Sistem Ejaan Bahasa Melayu
- surat khabar
- tengah hari
- campur tangan
- kemas kini
- pasar raya
- kraf tangan
- temu bual
- kubis
- lembap
- mergastua
- martabak
- pendeta
- tauge
- teladan
- komisen
- pensel
- profil
- rebat
- spageti
- spesies
- agregat
- atlet
- baucar
- delegasi
- e-mel
- faksimile
- komersial
Wednesday, 23 March 2016
Istilah Bahasa Melayu
- Absorb - serap
- Absorbate - serapan
- Absorbent - boleh diserap
- Absorber - penyerap
- Absorptivity - kebolehserapan
- Absorptive - boleh serap
- Absorption - penyerapan
- Peat - tanah gambut
- Pain - kesakitan
- Lasting - berkeklan
- Atom - atom
- Electron - elektron
- Professional - profesional
- Psychology - psikologi
- Structure - struktur
- Custom - adat
- Grant - memberikan
- Plan - pelan
- Pension - pencen
- Dengue - denggi
- Campaign - kempen
- Network - rangkaian
- Balanced budget - bajet seimbang
- Triangle - segi tiga
- Circular - pekeliling
- Power - kuasa
- Horse power - kuasa kuda
- Relative - relatif
- Order - perintah
- Liquid - cecair
- Fuse - fius
- Realism - realisme
- Counter - kaunter
- Contigent - kontinjen
- Ferrum - ferrum
- Assimilation - assimilasi
- Zone - zon
- Ozone - ozon
- Vitamin - vitamin
- Novel - novel
- University - universiti
- Vacuum - vakum
- Quota - kuota
- Catalogue - katalog
- Dialogue - dialog
- Tissue - tisu
- Scenario - senario
- Script - skrip
- Scooter - skuter
- Aquarium - akuarium
- Coupon - kupon
- Journal - jurnal
- Contour - kontur
- Sector - sektor
- Stadium - stadium
- Dialect - dialek
- Diesel - diesel
- Maghrib - maghrib
- Nucleus - nukleus
- Jeep - jip
- Ream - rim
- Grease - gris
- Gear - gear
- Idealist - idealis
- Effective - efektif
- System - sistem
- Checque - cek
- Vaccine - vaksin
- Accent - loghat
- Efficient - efisyen
- Cent - sen
- Carbon - karbon
- Cobalt - kobalt
- Curator - kurator
- Auditorium - auditorium
- Aileron - aileron
- Aerial - udara
- Aesthetics - estetik
- Bureau - biro
- Ambulance - ambulan
- Omega - omega
- Jacket - jaket
- Pawn - askar
- Mega - mega
- Tera - tera
- Giga - giga
- Sin - dosa
- Aerial picture - gambaran
- Waves - gelombang
- Chlorine - klorin
- Final - akhir
- Theory - teori
- Civilization - tamadun
- Ram - ram
- Language - bahasa
Tuesday, 1 March 2016
Tuesday, 16 February 2016
Karangan Pengubahsuaian Bajet 2016
Bajet 2016 merupakan
salah satu daripada projek kewangan negara yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri
Mohd Najib Abdul Razak sejak beliau menjawat jawatan menteri kewangan negara
seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pengubahsuaian bajet ini telah
dilakukan berikutan ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia. Pada awal ucapan
pembentangan, telah dijelaskan tujuan bajet ini dilakukan secara terperinci.
Ia adalah bagi memastikan perkembangan ekonomi terus kukuh. Faktor lainnya
adalah untuk menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup rakyat.
Perbandingan senario ekonomi negara sejak tahun 1997 dan
1998 telah dilakukan.Seperti yang kita sedia maklum, tahun 1998 menjadi
kemuncak krisis ekonomi Malaysia atas beberapa faktor. Pengurusan serta
aktiviti-aktiviti ekonomi dalam negara disemak kembali demi penambahbaikan pada
masa hadapan. Seterusnya, diteliti juga
akan pengurusan ekonomi pada tahun 2008 sehingga 2010 yang juga merupakan waktu
kejatuhan ekonomi. Terkini, 2015 menyajikan kejatuhan ekonomi yang lebih banyak
dari biasa sehingga sekarang.
Akhirnya, sebelas langkah baru telah diutarakan oleh
pihak kerajaan untuk diambilkira oleh pelbaai pihak dalam negara seperti
syarikat-syarikat swasta dan peniaga serta petani. Pertama, pengurangan potongan caruman KWSP
yang akan meningkatkan perbelanjaan semasa. Seterusnya, kepada pembayar cukai
individu yang bergaji RM8000 dan ke bawah sebulan, RM2000 pelepasan khas cukai
dilaksanakan. Ini membuka sedikit ruang kesenangan kepada individu-individu
tersebut apabila penjimatan bayaran cukai setahun adalah RM475. Di samping itu, kerajaan mencadangkan
pengurangan jurang pendapatan antara pegawai atasan dan staf lain.
Institusi kewangan pembangunan akan menambah dana yang
disalurkan hasil pengurangan bajet di bahagian ekonomi lain. Bagi sektor pembangunan
pula, pembangunan untuk rakyat adalah diutamakan. Pembinaan bangunan-bangunan
awam seperti hospital dan sekolah akan diberikan perhatian. Selain itu, program
penggajian dan perlesenan serta pentauliahan pendatang asing tanpa izin (PATI)
akan dijalankan secara sistematik. Program-program ini adalah bagi menangani
masalah kemasukan PATI di Malaysia yang semakin hari semakin meningkat. Langkah ketujuh adalah penguatkuasaan
kerajaan ke atas projek-projek perumahan baru. Beberapa sistem baru juga dijalankan.
Langkah kelapan, sumbangan 30% daripada levi HRDF sebanyak RM200 juta akan
meningkatkan kompetensi pekerja, termasuk yang telah berhenti.
Antara lain adalah usaha meningkatkan jumlah kutipan
hasil dan kecekapan sistem berkaitan. Enam langkah telah diutarakan antaranya
undang-undang terhadap pengelak cukai dan pelonggaran cukai penalti bagi
mengelakkan pembayaran lambat oleh individu. Langkah kesepuluh adalah
pengurangan kos harga barang keperluan harian rakyat. Beberapa cara telah
dilaksanakan seperti program MYBeras untuk rakyat miskin sehingga Disember
2016. Antara lain adalah pasar belian terus FAMA (MyFAMA Outlet) yang
menjanjikan 5%-20% harga lebih rendah.
Tuntasnya, banyak cadangan dan usaha telah kerajaan
utarakan demi kestabilan dan pengukuhan ekonomi negara serta kesejahteraan
rakyat. Langkah mengatasi ekonomi secara asas adalah berhemat dalam
perbelanjaan seperti yang juga merupakan langkah kesebelas merangkap langkah terakhir
pengubahsuaian bajet 2016. Usaha-usaha ini diharapkan mendapat kerjasama
daripada pelbagai pihak dalam negara serta sokongan untuk melaksanakannya.
Monday, 15 February 2016
Gaya Bahasa dalam Teks Pengubahsuaian Bajet 2016
1. Aliterasi (pengulangan vokal)
- “janganlah
sesekali kita lupa, …”
2. Asonansi
(pengulangan konsonan) - “…dipacu oleh pelaburan…”
3. Bahasa
Arab – “bak kata para hukama’, …”
4. Metafora – “Dalam
menghela nafas keinsafan, …”
5. Anafora – “Kita sama-sama
ada kelebihan dan sama-sama ada kelemahan di sana sini.”
6. Peribahasa – “ibarat
api di dalam sekam, … menjadi gunting dalam lipatan.”
7. Hybrid –
“Pengubahsuaian ini, memanfaatkan kepada 500 ribu pekerja…”
8. Responsi
– “Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup.”
9. Bahasa
Arab – “Waima, wujud sesetengah orang, …”
10. Diksi – “Lima: Untuk terus membela untung nasib para
pesawah, serta meningkatkan pengeluaran padi, ...”
Wednesday, 27 January 2016
Bahasa Melayu Tinggi
Bahasa Melayu Tinggi umumnya bukanlah suatu istilah bahasa. Ia tidak dikaitkan dengan unsur pertuturan masyarakat. Kebiasannya, ia hanya digunakan dalam urusan persuratan dan urusan rasmi yang lain.
Bahasa Melayu Tinggi dibandingkan dengan bahasa rendah. Dalam masyarakat setempat, hanya bahasa rendah digunakan memandangkan hubungan antara penduduk yang rapat. Bahasa rendah merupakan bahasa yang kurang rasmi. Masyarakat umum juga kurang mengamalkan Bahasa Melayu Tinggi bagi urusan-urusan seharian.
Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dilabelkan sebagai ketertinggian budaya dan sosial. Berkomunikasi dalam urusan rasmi perlulah menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Akhirnya, penggunaan Bahasa Melayu Tinggi semakin meluas pada era globalisasi ini.
Tuesday, 19 January 2016
Latihan Rumusan
Kesan kenaikan harga barang di negara kita dan langkah kerajaan menanganinya
Isu kenaikan harga barang banyak meniti di bibir-bibir masyarakat kebelakangan ini. Walaupun setelah kerajaan mengisytiharkan larangan kenaikan harga oleh peniaga, mereka tetap mementingkan keuntungan.
Pengguna berang akan tindakan peniaga menaikkan harga barang tanpa pengumuman rasmi kenaikan harga oleh kerajaan. Ini menyukarkan urusan pembelian oleh pengguna kerana kuasa pembelian mereka terhad. Perkara ini menjurus ke arah pembayarna yang lebih mahal disebabkan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Setiap kadar kenaikan harga akan sentiasa berlarutan malahan peniaga akan menaikkan harga barangan mengikut kehendak masing-masing tanpa belas kasihan. Demikian itu, ia akan menyebabkan pertambahan bebanan kepada pengguna terutamanya bagi yang kurang berkemampuan. Justeru, para pengguna sudah mencapai kata sepakat bahawa jika perkara ini berlarutan dan tidak diambil iktibar oleh peniaga,tindakan segera perlu diambil oleh pihak yang berkuasa. Jika tidak, perkara ini mampu melahirkan budaya yang tidak sihat di kalangan peniaga pada generasi akan datang.
Kesimpulannya, rakyat merasakan bahawa kerajaan perlu mengatasi isu yang membebankan ini. Ketika rakyat dihimpit masalah kewangan, kerajaan perlu menggalakkan peniaga lebih membantu ekonomi negara sebagai langkah kepada kestabilan ekonomi pada masa akan datang. Peniaga pula perlu memberikan komitmen dalam mengatasi isu kegawatan ini yang melibatkan kerjasama setiap individu.

Tuesday, 12 January 2016
BERITA
BANGI, 5 Januari 2016 - Program hari ini dimulakan pada jam 8 pagi. Program Re-Orientasi Pelajar Lama Kolej PERMATApintar Negara telah diadakan oleh barisan pentadbir dan para instruktor. Program ini dilangsungkan di auditorium Pusat PERMATApintar negara memandangkan ini adalah sebuah program yang melibatkan kebanyakan warga Kolej PERMATApintar Negara. Seramai 210 pelajar yang terdiri daripada Asas 2, Asas 3 dan Tahap 2 telah menyertai program ini.
Program ini bertujuan untuk mengingatkan kembali pelajar-pelajar tentang peraturan dan sistem di Kolej PERMATApintar. Ia juga dapat menaikkan semangat pelajar untuk meneruskan pembelajaran di sini dan sebagai permulaan baru pada tahun ini. Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak memberi ucapan setelah pembukaan majlis secara ringkas. Beliau membicarakan tentang sebuah topik yang sangat penting bagi semua pihak. Gaya penyampaian beliau jelaslah sangat memukau para hadirin. Slot beliau menunjukkan cara penyampaian dan penerimaan yang sebenar, antaranya komunikasi dua hala. Seterusnya, Prof Madya Dr Hj Mohd Arif juga memberi sedikit pesanan serta amanat kepada para pelajar. Beliau mengharapkan prestasi yang lebih baik ditunjukkan oleh pelajar pada tahun ini dalam pelbagai bidang.
Menginjak waktu ke tengah hari, guru HEA kolej ini, Pn Aishah megulas serba sedikit tentang akademik para pelajar. Beberapa peraturan akademik yang baru dikuatkuasakan dan pelajar-pelajar tersebutnya menganggapnya sebagai suatu pengajaran. Seterusnya, Prof Madya Dr Rorlinda mengulas tentang peraturan-peraturan yang sedia tertulis dalam Buku Panduan Kolej PERMATApintar Negara. Beliau juga ada meminta pendapat pelajar tentang masalah-masalah mereka sepanjang menuntut ilmu di sini selama setahun dan lebih. Dr Rorlida amat gemar menunjukkan keprihatinan beliau terhadap pelajar dan keadaan sekeliling.
Pada jam 2:30 petang, semua pelajar kembali ke auditorium selepas menunaikan solat Zuhur dan makan tengah hari. Sesi taklimat kaunseling dijalankan. Empat kaunselor Pusat PERMATApintar Negara berucap secara ringkas tentang khidmat kaunseling. Sebagai kaunselor, gaya pengulasan mereka sangat mempengaruhi minda pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan gembira dan bersemangat walaupun agak letih. Mereka juga bertanya pelbagai soalan yang menarik dalam bidang kaunseling. Tepat jam 3:30 petang, Guru Kokurikulum mengambil alih pentas dan memaklumkan pelajar tentang aktiviti-aktiviti kokurikulum pada tahun ini. En Mior juga menerangkan tentang prosedur mendaftar kokurikulum kelab, sukan dan permainan dan unit badan beruniform. Beliau telah menggunakan sistem yang lebih memudahkan banyak pihak berbanding kaedah sebelum ini. Di sebelah malam, En Fadzil selaku Warden Asrama telah memberi taklimat dan peringatan tentang peraturan-peraturan di asrama.
Hasil daripada program ini, pelajar dilihat lebih mematuhi peraturan yang ditetapkan dan semakin bersemangat menjalani hari-hari persekolahan 2016.

Subscribe to:
Posts (Atom)