Wednesday, 4 March 2015

Latihan Bahasa Melayu - Pola Keselarasan Huruf Vokal yang Utama

Pola Keselarasan Huruf Vokal yang Utama

1) a - a 
- baca
- cara
- jaja
- saya
- kalangan
2) a - i
- cari
- kaji
- mari
- kalih
- gali
3) a - u
- taruh
- palu
- kantung
- jarum
- harus
4) e pepet - a
- neraca
- kelam
- pegang
- terang
- sedang
5) e pepet - i
- beri
- sedih
- pedih
- jerih
- petik
6) e pepet - u temenggung
- telur
- teruk
- peluk
- kelu
- gerun
7) e taling - a
- perak
- dewan
- seksa
- rendang
- rehat
8) e taling - e taling
- geleng
- mereng
- sekeh
- leceh
-beres
9) e taling - o
- besok
- ekor
- elok
- kepoh
- belok
10) i - a
- bijak
- bijan
- kira
- ikan
- bilang
11) i - i
- gigi
- biji
- kiri
- ciri
- sisih
12) i - u
- periuk
- lingkup
- pikul
- riuh
- sinkop
13) o - a
- bola
- pola
- botak
- kontang
- goyang
14) o- e taling
- toleh
- boleh
- kolej
- kotej
- molek
15) u - a
- bukan
- kurang
- pukal
- rumah
- jurang
16) u - i
- bukit
- curi
- kucing
- duri
- nuri
17) u - u
- buku
- guru
- kurung
- tempurung
- hurung

Sunday, 1 March 2015

Refleksi Mingguan - 2-8 Februari 2015 (minggu 4)

Oh, Februari rupanya. Cepat sungguh masa berlalu. Bak kata Zairin, kawan kami, "Antara tanda-tanda bahawa kiamat sudah dekat adalah apabila masa terasa berlalu begitu cepat. Sekejap saja, sudah hari esok. Sebentar lagi, minggu baru tiba. Tidak lama kemudian, bulan baru menyambut."

Exco Kebersihan dan Kebajikan mengadakan pertandingan yang diberi nama "Hey, I'm Not Rubbish!". Pertandingan ini disertai semua pelajar kecuali Tahap 2. Pelajar bertanding mengikut kelas. Diberi lebih urang dua minggu, kami menyiapkannya hanya pada malam sebelum prototaip akan dipersembahkan. Diberi nama Incilter, kami mereka sebuah incinerator yang mempunyai penapis bahan-bahan kimia dan toksik, lantas membantu pengurangan pemanasan global.

Kami tidak mendapat anugerah. Pun begitu, kami gembira dan enjoy menjalankan aktiviti ini. Malah kegembiraan pelajar 2K2 juga bertambah, sejurus 2K3 dianugerahkan sebagai persembahan terbaik Asas 2 dan 2K1 menyandang anugerah Persembahan Terbaik Keseluruhan. Ukhuwah kami, rapat. Insyaallah akan bertambah rapat sebagai satu pasukan yang mempunyai sejarah tersendiri di Kolej PERMATApintar.




Refleksi Mingguan - 26-1 Februari (minggu 3)

Minggu Aspirasi.
Apa itu? Pelbagai slot disediakan, atas tujuan menggalakkan pelajar menyerlahkan bakat mereka.

Diadakan pada waktu PnP petang dan juga ketika prep malam, terdapat beberapa slot dianjurkan seperti Visualisation, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalism dan beberapa lagi. Aktiviti ini telah mengambil masa PnP dan menyebabkan kebanyakan instruktor perlu mencari masa lain untuk menyambung silibus. Jadi, minggu ini dan juga minggu seterusnya, hampir setiap malam kami perlu menghadiri  kelas ganti untuk subjek-subjek yang tertinggal. Huh, penat. Tetapi, demi ilmu, kami tetap menghadiri semua kelas yang dijadualkan. Minggu ini terasa padat jadual kami atas kehadiran assignment bergunung-gunung, ditambah resepi kelas ganti. Mujurlah kami tetap boleh mengatur masa walaupun kadang-kadang terdapat assignment yang dihantar lambat. Minta maaf cikgu...

Tidak sabar rasanya berjaya melepasi semua ini dengan segera. Insyaallah...



Refleksi Mingguan - 19-25 Januari (minggu 2)

Pelajar Asas 1 dan tahap 1 menjalani minggu orientasi. Tahap 2 pula, ada sebahagian yang menjadi fasilitator atau urusetia bagi minggu tersebut. Asas 2, kurang membantu kali ini. Exco Sukan juga kerap kali membuat perjumpaan sukan (rumah sukan, kelab dan sebagainya) atas pertukaran rumah sukan dan kelab-kelab yang perlu didaftar baru. Rumah sukan mengikut kelas. Tidak! Ramai yang kuran berpuas hati atas perkara ini. Setahun menjadi ahli sesebuah rumah sukan, perasaan sayang dan kesetiaan kepada rumah sukan telah mekar di hati. Tetapi, apabila tiba-tiba ditukar..............

Kami menjalani hari-hari dengan suasana yang agak baru, dengan kehadiran lebih ramai pelajar. Di sudut hati, kami merindui bekas pelajar-pelajar Tahap 2 2014, Prodigy. Kami harap Kolej PERMATApintar akan diterajui dengan lebih cemerlang dari semasa ke semasa.

Refleksi Mingguan - 12-18 Januari 2015 (minggu 1)

12 Januari, bermulalah sesi persekolahan di Malaysia. Ditunda seminggu atas alasan banjir yang melanda beberapa negeri, kami sebagai pelajar sekolah berasa amat gembira. Kiraan saya, mungkin hampir semua pelajar bergembira dengan berita ini, bagi yang tidak terkena tempiasnya banjir. 12 Januari juga, merupakan Hari Anugerah pertama bagi saya yang baru setahun menjadi warga Kolej PERMATApintar. Tetapi bukanlah giliran saya pada tahun ini untuk mendapat anugerah. Diharap, tahun ini kami lebih cemerlang dalam semua aspek. Hari ini juga,keputusan Peperiksaan 4 dikeluarkan. Semoga pointer dan markah serta ilmu kami meningkat selari dengan masa dan umur kami yang juga bertambah.

Minggu ini, Asas 2 menantikan roommate masing-msing, yang terdiri daripada pelajar Tahap 1 dan Asas 1 yang akan mendaftar pada hujung minggu ini. 18 Januari, kami menyambut pelajar baru dengan meriah. Asas 2 perempuan membuat sedikit persembahan. Kami cuba sebaik mungkin, seperti latihan-latihan kami sepanjang minggu walaupun sememangnya tidak sempurna. Kami enjoy.  Kami harap, pelajar Tahap 1 dan asas 1 akan menjadi sebahagian daripada komuniti kami yang cemerlang, berjaya serta menghormati orang lain.

Sunday, 1 February 2015

Latihan Bahasa Melayu- Isu Semasa

Merotan anak adalah jenayah?

Merotan anak dengan tujuan mendidik sudah sinonim dalam masyarakat kita. Tetapi, baru-baru ini, kenyataan mengenai akta baharu yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 dikatakan akan mengubah kebiasaan ini. Cadangan ini bakal dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada Jun depan. 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kerajaan tiada pilihan memandangkan Malaysia antara negara yang menandatangani perjanjian Konvesyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). CRC ditubuhkan untuk mempertahankan hak serta suara kanak-kanak dan akta yang melibatkan golongan itu perlulah selari.
Merotan anak akan disifatkan sebagai jenayah. Menurut akta tersebut, ibu bapa atau penjaga yang merotan anak akan dipenjara selama beberapa tahun. Bagamanapun, rata-rata penduduk Malaysia membantah cadangan ini dengan alasan merotan anak untuk mendidik adalah patut.
Kementerian juga akan memperhalusi isu ini. Jika tidak menimbulkan kecederaan fizikal adalah dibenarkan. Tetapi jika terdapat kecederaan fizikal, tindakan akan diambil.

Apakah keputusannya? Adakah Akta Kanak-Kanak 2001 dikekalkan? Atau diganti dengan akta yang baru?Kebanyakan rakyat Malaysia menanti jawapan dalam bangkangan, sama ada zahir atau tidak. Persoalan ini akan terjawab dalam masa beberapa bulan lagi.

Wednesday, 28 January 2015

REFLEKSI HARIAN- 28 JANUARI 2015

Assalamualaikum...
Hari ni, hari Rabu minggu ketiga persekolahan 2015. Lama dah tak melawat blog ini. Update apatah lagi. Kami mendaftar pada 12 haribulan. Kami juga sambut pelajar baru, Tahap 1 dan Asas 1 pada minggu lepas. Hari itu, kami buat persembahan, mendapat roommate baru, menolong mengangkat barang, dan macam-macam lagi. Bila tolong bawa beg ke tingkat 4, penat. Kena usung beg yang berat sampai tingkat 4. Ada juga pelajar lelaki berkata,"Macam mana boleh hidup dengan tingkat 4? Naik saja dah tujuh minit." Hehe, gurau. Roommate saya pelajar Asas 1. Kita sama umurlah! =D Kami belajar macam biasa. Tapi, ntuk kelas Bahasa Melayu, ini kali pertama ada kelas. Itupun tanpa Cg Mior. Kalau boleh, kami semua memang tak nak membuat jurnal di blog setiap hari. Jarang-jarang mungkin. Ok bye!