Wednesday, 27 January 2016

Bahasa Melayu Tinggi

Bahasa Melayu Tinggi umumnya bukanlah suatu istilah bahasa. Ia tidak dikaitkan dengan unsur pertuturan masyarakat. Kebiasannya, ia hanya digunakan dalam urusan persuratan dan urusan rasmi yang lain.

Bahasa Melayu Tinggi dibandingkan dengan bahasa rendah. Dalam masyarakat setempat, hanya bahasa rendah digunakan memandangkan hubungan antara penduduk yang rapat. Bahasa rendah merupakan bahasa yang kurang rasmi. Masyarakat umum juga kurang mengamalkan Bahasa Melayu Tinggi bagi urusan-urusan seharian.

Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dilabelkan sebagai ketertinggian budaya dan sosial.  Berkomunikasi dalam urusan rasmi perlulah menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Akhirnya, penggunaan Bahasa Melayu Tinggi semakin meluas pada era globalisasi ini.

Tuesday, 19 January 2016

Latihan Rumusan

Kesan kenaikan harga barang di negara kita dan langkah kerajaan menanganinya

Isu kenaikan harga barang banyak meniti di bibir-bibir masyarakat kebelakangan ini. Walaupun setelah kerajaan mengisytiharkan larangan kenaikan harga oleh peniaga, mereka tetap mementingkan keuntungan.

Pengguna berang akan tindakan peniaga menaikkan harga barang tanpa pengumuman rasmi kenaikan harga oleh kerajaan. Ini menyukarkan urusan pembelian oleh pengguna kerana kuasa pembelian mereka terhad. Perkara ini menjurus ke arah pembayarna yang lebih mahal disebabkan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Setiap kadar kenaikan harga akan sentiasa berlarutan malahan peniaga akan menaikkan harga barangan mengikut kehendak masing-masing tanpa belas kasihan. Demikian itu, ia akan menyebabkan pertambahan bebanan kepada pengguna terutamanya bagi yang kurang berkemampuan. Justeru, para pengguna sudah mencapai  kata sepakat bahawa jika perkara ini berlarutan dan tidak diambil iktibar oleh peniaga,tindakan segera perlu diambil oleh pihak yang berkuasa. Jika tidak, perkara ini mampu melahirkan budaya yang tidak sihat di kalangan peniaga pada generasi akan datang.

 Kesimpulannya, rakyat merasakan bahawa kerajaan perlu mengatasi isu yang membebankan ini. Ketika rakyat dihimpit masalah kewangan, kerajaan perlu menggalakkan peniaga lebih membantu ekonomi negara sebagai langkah kepada kestabilan ekonomi pada masa akan datang. Peniaga pula perlu memberikan komitmen dalam mengatasi isu kegawatan ini yang melibatkan kerjasama setiap individu.

Tuesday, 12 January 2016

BERITA

BANGI, 5 Januari 2016 - Program hari ini dimulakan pada jam 8 pagi. Program Re-Orientasi Pelajar Lama Kolej PERMATApintar Negara telah diadakan oleh barisan pentadbir dan para instruktor. Program ini dilangsungkan di auditorium Pusat PERMATApintar negara memandangkan ini adalah sebuah program yang melibatkan kebanyakan warga Kolej PERMATApintar Negara. Seramai 210 pelajar yang terdiri daripada Asas 2, Asas 3 dan Tahap 2 telah menyertai program ini.

Program ini bertujuan untuk mengingatkan kembali pelajar-pelajar tentang peraturan dan sistem di Kolej PERMATApintar. Ia juga dapat menaikkan semangat pelajar untuk meneruskan pembelajaran di sini dan sebagai permulaan baru pada tahun ini. Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak memberi ucapan setelah pembukaan majlis secara ringkas. Beliau membicarakan tentang sebuah topik yang sangat penting bagi semua pihak. Gaya penyampaian beliau jelaslah sangat memukau para hadirin. Slot beliau menunjukkan cara penyampaian dan penerimaan yang sebenar, antaranya komunikasi dua hala. Seterusnya, Prof Madya Dr Hj Mohd Arif juga memberi sedikit pesanan serta amanat kepada para pelajar. Beliau mengharapkan prestasi yang lebih baik ditunjukkan oleh pelajar pada tahun ini dalam pelbagai bidang.

Menginjak waktu ke tengah hari, guru HEA kolej ini, Pn Aishah megulas serba sedikit tentang akademik para pelajar. Beberapa peraturan akademik yang baru dikuatkuasakan dan pelajar-pelajar tersebutnya menganggapnya sebagai suatu pengajaran. Seterusnya, Prof Madya Dr Rorlinda mengulas tentang peraturan-peraturan yang sedia tertulis dalam Buku Panduan Kolej PERMATApintar Negara. Beliau juga ada meminta pendapat pelajar tentang masalah-masalah mereka sepanjang menuntut ilmu di sini selama setahun dan lebih. Dr Rorlida amat gemar menunjukkan keprihatinan beliau terhadap pelajar dan keadaan sekeliling.

Pada jam 2:30 petang, semua pelajar kembali ke auditorium selepas menunaikan solat Zuhur dan makan tengah hari. Sesi taklimat kaunseling dijalankan. Empat kaunselor Pusat PERMATApintar Negara berucap secara ringkas tentang khidmat kaunseling. Sebagai kaunselor, gaya pengulasan mereka sangat mempengaruhi minda pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan gembira dan bersemangat walaupun agak letih. Mereka juga bertanya pelbagai soalan yang menarik dalam bidang kaunseling. Tepat jam 3:30 petang, Guru Kokurikulum mengambil alih pentas dan memaklumkan pelajar tentang aktiviti-aktiviti kokurikulum pada tahun ini. En Mior juga menerangkan tentang prosedur mendaftar kokurikulum kelab, sukan dan permainan dan unit badan beruniform. Beliau telah menggunakan sistem yang lebih memudahkan banyak pihak berbanding kaedah sebelum ini. Di sebelah malam, En Fadzil selaku Warden Asrama telah memberi taklimat dan peringatan tentang peraturan-peraturan di asrama.

Hasil daripada program ini, pelajar dilihat lebih mematuhi peraturan yang ditetapkan dan semakin bersemangat menjalani hari-hari persekolahan 2016.