Wednesday, 3 August 2016

Latihan


Ayat aktif kepada ayat pasif

1. Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah baru bapa saudara saya sedang ditebang olehnya.
2. Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya sedang bdimarahi oleh guru disiplin yang garang itu.
3. Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.
4. Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah dilukis oleh saya.
5. Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik belum dijelaskan oleh awak.


Ayat pasif kepada ayat aktif

1. Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.
2. Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu memainkan perasaan gadis itu.
3. Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.
4. Pegawai Amanah Saham Nasional sedang menjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.
5. Para pekerja di bahagian pemprosesan memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.


Tuesday, 2 August 2016

Laporan iFSC 2016

Pada 26 hingga 28 Julai 2016, Pusat PERMATApintar sekali lagi menganjurkan program tahunan International Future Scientists Conference. International Future Scientists Conference kali ke-5 ini memilih audiotorium Pusat PERMATApintar Negara sebagai platform penukaran ilmu dan persaingan sihat. Program ini dikhususkan untuk pelajar Kolej PERMATApintar dan turut disertai oleh lebih daripada 200 pelajar dari segenap negeri.
Antara sekolah-sekolah yang terlibat termasuklah;

1)      Kolej PERMATApintar Negara UKM
2)      ASASIpintar UKM
3)      Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir Negeri Sembilan
4)      MRSM Batu Pahat Johor
5)      SM Sains Banting Selangor
6)      SMK Jalan Tiga Selangor
7)      MRSM Baling Kedah
8)      Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
9)      Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
10)   SM Sains Tg Muhd Faris Petra Kelantan
11)   SBPI Rawang Selangor
12)   Maktab Tentera Diraja
13)   SBPI Gombak Selangor
14)   Sekolah Sultan Alam Shah
15)   Sekolah Tun Fatimah
16)   Sekolah Menengah Sains Labuan
17)   Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
18)   SMK Infant Jesus Convent Johor
19)   Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
20)   SMK Adela Kota Tinggi Johor
21)   SMK Ulu Tiram Johor Bahru
22)   SJK Tamil Ladang Mount Austin (SKK)

Pada 26 Julai, para peserta dari sekolah luar tiba untuk sesi pendaftaran dan majlis perasmian. Majlis perasmian yang diadakan pada sebelah petang itu merupakan sebuah majlis bertentatif rasmi. Kemudian, majlis tersebut dimulai degan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita dan seterusnya disusuli dengan ucapan alu-aluan dan perasmian. Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan seperti persembahan tarian dan nyanyian.

27 Julai merupakan hari keramat bagi pelajar Kolej PERMATApintar memandangkan hari tersebut merupakan hari pembentangan hasil kajian yang telah dilakukan dalam masa lebih kurang setahun. Pembentangan mereka dinilai oleh juri untuk menentukan pencapaian mereka dalam kajian masing-masing.

Antara kajian yang dibentangkan ialah;

1) Child Safety System
2) Hi-Sleep Shock
3) Universal Cool-Heat
4) Gas Volume Indicator
5) The Cytotoxicity Effect of Nephelium Lappaceum Leaves Extract on Human Cancer Cells
6) Waste Not: Used Cooking Oil a Miracle for Sound Absorbent as a Renewable Polymer from Composite
7) Ab-Trap'15
8) Making a Better High-Speed Camera
9) Miracle Under Your Feet
10) Kibo Balls the Salt Water Ball; How to Rescue An Aeroplane-Crashed Survivors
11) My Elaisexmino (MLX) A Solution to Oil Spills
12) Preliminary Evaluation of Durio Zibethinus Husk Extract As Potential Anti-Microbial Agent and Plant Growth Promoter
13) MiMP Detector
14) Hydro Pot 2.0
15) Bioartificial Filter
16) Producing Bioethanol From Oil Palm Leaves By Using Cellulase From Bacteria
17) Sertu Soap
18) From Waste to Wealth: Grange WCO Skin Cream
19) Application of Wind Turbines On Highways to Generate Wind Electricity
20) Application of Effective Microorganism For Sustainable Crop Production
21) Increasing Lipid Yields In Clhorella Vulgaris
22) CaCO Tiles
23) Citrullus Lanatus and Murraya Koenigii As a Solution To Dimishing Pigment of Hair
24) Fybrid
25) The Application of Different Processes In Water Treatment on Water Colour Wastage
26) Smart Rollator
27) Biodegradable Nursery Polybag Made of Ecology Waste
28) Smart Table
29) Reduction of Plastic Waste Using New Fabricated Biodegradable 'Infinity Spoon'
30) Effects of Music on Different Instruments And In Different Tempo to the Mental Concentration of Students
31) Low Cost, Effective and Environmentally Friendly Vermiculture Composting Method
32) Varicella Zoster Herbal Lactis
33) Rhodophyta Eucheuma Cottonii Bio Plastic
34) Study of Commonly Found Herbs in Malaysia And Its Ability of Anti-Mosquito Effect
35) Tapping Gravitational Potential Energy to Generate Electricity-Mini Hydro Electric Generator
36) The Relationship Between Anxiety, Depression and Stress with Academic Stress and Self-Concept Among ASASIpintar Students
37) The Link Between ASASIpintar Students' Resilience with Their Self-Esteem Level And Academic Performance.
38) Individuals with Autism Spectrum Disorder: Their Take on ASD
39) The Efficacy of Trastuzumab as Adjuvant Targeted Therapy In Preventing Cancer Recurrence Among HER-2 Positive Breast Cancer Patients
40) Exploring the Best Approach of Gaba Rice Production from UKM's Rice Varieties
41) The Determination of Sky Brightness at PERMATApintar Observatory
42) Effect of Lonizing Radiation on Plant
43) Forensic Analysis on Lipstick Trace by Using TLC and GC-MS
44) Laparoscopy Training Tools
45) The Effect of Chenodeoxycholic Acid On Efficiency of Dye-Sensitized Solar Cell
46) Metabolite Profiling and Biological Activities of Azadirachta Indica (A. Juss) Leaf Extract
47) Water Harvesting from Air
48) Bio Conversion of Empty Fruit Bunch (EFB) Agro Waste Using Cellulolytic Bacteria Isolated From Termite
49) The Preparation and Characterization of Functional Sago Startch
50) Synergistic Palm-Based Polyurethane System for 2D Decorative Ink
51) Smart Green Anti-corrosion Derived From Imperata Cylindrica In Oil and Gas Pipeline Applications
52) Analysis of Flavonoids in Commercially Available Lignosus Rhinocerus Dried Powder Extract by Reversed-Phase High Performance Liquid Chromatograph (RP-HPLC)
53) The Consequences of Combining Fruit Towards Health
54) The Potential of Lansium Demosticum Leaves to Become The New Addictive Drugs And Its Effects Towards Human Nervous System
55) Absorption and Desorption Studies of CO2 by Cilia Gel Impregnated with Tetradecylamine
56) Smart Green Screen
57) Chicken Skin: Wastes or Resources?
58) Unlocking the Lipid Energy Stored In Plant Cell Walls
59) Replacement of Animal Fat with Red Palm Fat in Beef Burger
60) Genetic Identification of Dried Shark Fins from Sabah Markets
61) The Preliminary Studies of Wound Healing Properties of Impatiens Balsamina
62) Kombucha Skin Patch Hydrogel
63) Creating Pen Drive with Bluetooth Technology
64) From Garbage to Gold: An Alternative to E-Waste Management
65) The Uses of Complementary and Alternative Medicine Among Malaysian
66) The Dangers of Substances of Electronic Cigarettes Among Teenagers in Malaysia
67) Dioscorea Hispida (Ubi Gadong) as a Natural Repellent
68) Effect of 1-Methyl 3-Propylimidazolium Iodine (MPII) On Bio-Based Polyurethane Gel Polymer Electrolyte For Solid-State Dye-Sensitized Solar Cell

Pada sebelah petang pula, sebuah bengkel yang bertajuk ‘My Ramblings through Science:  from Nanomaterials to Nuclear Structures to Cosmology and Blackhole Physics’ disampaikan oleh Prof. Dr. Shahidan Radiman. Beliau ternyata hebat apabila memberi maklumat yang bermanfaat.

Pada 28 Julai, sebuah bengkel sekali lagi dijalankan di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Bengkel tersebut dijalankan oleh seorang professor dari Universiti Putra Malaysia.


Program iFSC bakal melabuhkan tirainya apabila majlis penutupan berlangsung. Majlis penutupan tersebut merupakan saat yang paling dinanti-nantikan oleh para peserta kerana keputusan hasil penyelidikan mereka akan diumumkan. Sesi penyampaian hadiah kepada para peserta atas hasil kejayaan mereka turut berlangsung. Majlis penutupan tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan tarian yang cukup menarik oleh pelajar Kolej PERMATApintar. Program ini ditutup dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda penghargaan. Tuntasnya, program iFSC pada tahun ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.

Latihan

Bina ayat berdasarkan perkataan

a. kemas
- Majikan syarikat itu sentiasa berpakaian kemas demi menjaga personaliti beliau sebagai usahawan berjaya.

b. mengemaskan
- Kakak membantu ibu mengemaskan ruang tamu rumah yang bersepah dengan majalah-majalah lama.

c. kekemasan
- Individu yang berkerjaya sentiasa menjaga kekemasan diri dan persekitaran agar dilihat lebih berwawasan.

d. harga
- Ketika membeli-belah, ayah mementingkan harga dan kualiti barang yang dibeli sebagai langkah berjimat-cermat.

e. menghargai
- Ceramah motivasi itu yang disampaikan di sekolah menengah itu bertujuan menggalakkan pelajar untuk lebih menghargai usaha dan pengorbanan orang lain.

f. penghargaan
- Anugerah Tokoh Pelajar yang disandang oleh pelajar lelaki itu adalah sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah.


Ayat aktif kepada ayat pasif

a. Beberapa buah buku masakan tradisional telah dihasilkan oleh saya antara tahun 2000 hingga 2006.
b. Sayur-sayuran di belakang rumah mesti disiram oleh kamu pada setiap petang.
c. Latihan intensif selama tiga bulan itu dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara.

Kesalahan ejaan dan imbuhan

a. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.
b. Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.
c. Pengurus syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

Kesalahan penggunaan atau istilah dan tatabahasa

a. Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.
b. Keseluruhan penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.
c. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang rombakan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

Wednesday, 20 July 2016

Retorik - Latihan

1. Retorik penghujahan - rasional, tesis, premis dan khalayak
2. Retorik penceritaan - fakta, prinsip kesatuan dan pertautan
3. Retorik pemerian - tepat, jelas, deskriptif
4. Retorik pemujukan - pengaruhan, pemujukan patos, emotif
5. Retorik pendedahan - tepat, tiada emosi, menyatakan dengan berkesan
6. Retorik pemerian - fakta, informatif
7. Retorik pemerian - relevan, rasional, deskriptif
8. Retorik penceritaan - emosi, fakta
9. Retorik pemerian - terperinci, jelas
10. Retorik pendedahan - objektif, tepat, tiada emosi dan pandangan
11. Retorik penghujahan -  tesis, jelas, ada bukti
12. Retorik penghujahan - fakta, tepat, ilmiah
13. Retorik penghujahan - rasional, jelas, tesis jelas

Tuesday, 19 July 2016

Retorik

Retorik Pemerian

Saya bersekolah di Kolej PERMATApintar Negara. Pusat PERMATApintar Negara hanya satu di Malaysia dan dunia. Objektif utama pembinaan pusat ini adalah untuk mengasah bakat pelajar berbakat dan pintar. Pada tahun ini, bilangan pelajar adalah seramai 299 orang. Tahun ini merupakan tahun pertama Kolej PERMATApintar terdiri daripada pelajar Asas 1, Asas 2, Asas 3, Tahap 1 dan Tahap 2.

Retorik Pemujukan

Era globalisasi ini, setiap orang semakin sibuk dalam urusan masing-masing sehingga sebahagiannya tidak berkesempatan untuk menjaga kesihatan diri. Berikutan masalah ini, syarikat kami menghasilkan produk baru demi kesihatan masyarakat. Dengan harga berpatutan, produk kami mempunyai pelbagai spesifikasi yang baru dan amat membantu orang ramai. Penyakit-penyakit ringan terbukti boleh dirawat hanya dengan penggunaan produk kami.  Rasailah kesegaran dan kesihatan selepas mencuba produk kami. Belum cuba, belum tahu!

Retorik Penceritaan

Setiap pagi, saya melihat ayah saya bersiap untuk ke tempat kerja. Setiap hari Rabu, ayah saya akan memakai uniform Kadet Remaja Sekolah memandangkan ayah saya merupakan seorang guru. Pada hari Jumaat pula, ayah saya akan memakai baju Melayu. Setiap pagi, saya tertarik untuk mengetahui warna baju beliau setiap pagi. Sejak saya memasuki asrama, sangat jarang saya melalui rutin tersebut. Namun kini, apabila pulang bercuti, saya dan kakak selalunya membantu ibu menyediakan pakaian-pakaian ayah saya.

Retorik Pendedahan

Apa yang anda faham tentang tatabahasa Bahasa Melayu? Secara amnya, tatabahasa Bahasa Melayu dibahagikan kepada dua; sintaksis dan morfologi. Kajian tentang sintaksis dan morfologi masih galak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji bahasa. Morfologi bermaksud kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan. Morfem merupakan istilah terkenal dalam bidang ini. Sintaksis pula adalah kajian tentang pembentukan ayat. Unit-unit sintaksis adalah ayat, frasa dan lain-lain.

Retorik Penghujahan

Malaysia sedang menuju ke arah status negara industri. Sebagai negara membangun,Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara membangun yang lain demi memastikan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju. Walau bagaimanapun, masalah ekonomi Malaysia kini menjadi kekangan utama yang perlu ditangani segera. Masalah ini akan menyebabkan Malaysia ketinggalan berbanding negara-negara lain dan segala usaha perlu dianalisis kembali. Laungan keramat Wawasan 2020 bagai telur di hujung tanduk.



Friday, 6 May 2016

Jurnal - Minggu Sukantara

Hari Isnin dan Selasa pada minggu ini diisi dengan aktiviti sukantara. Sekolah cuti dan kami semua menyertai aktiviti yang telah dijadualkan oleh Exco Sukan. Pagi Isnin itu, pelajar perempuan menghantar wakil rumah utnuk bola tampar dan lelaki untuk water polo. Pada hari Selasa, aktiviti pagi dimulakan dengan larian 100m sehingga jam 10 pagi. Selepas itu badminton dan ping pong bertanding di dewan serbaguna.

Pada hari Rabu dan Khamis, sukantara hanya dijalankan pada waktu petang. Pada setiap mala sepanjang minggu ini, perlawanan di dewan serbaguna tetap berlangsung memandangkan banyak kategori dan peringkat. Pada hari Sabtu, Hari Terbuka Asrama dijalankan serentak dengan Hari Keusahawanan. Setiap rumah sukan perlu membuat aktiviti bagi mengumpul wang untuk perhiasan khemah pada hari sukan nanti. Sapphire mengadakan The Infested Land, Emerald dengan Fear Factor, serta Ruby dan Topaz dengan sukaneka.

Minggu ini sangat padat dengan aktiviti sehingga setiap malam akan balik lewat serta rehat tengah hari dan petang yang tak menentu. Walaupun begitu, kami enjoy dengan kenangan-kenangan manis ini, dengan mengatasi setiap masalah yang boleh menjadikan ia sebagai kenangan pahit.


Thursday, 5 May 2016

Jurnal - Kem Unit Beruniform

Pada petang Jumaat 15 April, kami ke auditorium Pusat PERMATApintar Negara untuk majlis penyerahan pelajar. Majlis perasmian berjalan seperti biasa dengan kehadiran pegawai-pegawai dari unit-unit beruniform. Kolej PERMATApintar memilih Kadet Polis, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Bomba dan Penyelamat serta Kadet Bulan Sabit Merah.

Setelah berakhirnya majlis yang berlangsung selama sejam itu, maka bermulalah Kem Unit Beruniform dan Jati Diri Kolej PERMATApintar Negara bagi sesi 2016. Kami sudah teruja untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan walaupun kem ini hanya di sekitar kolej. Pada tahun 2014, kem diadakan di hutan simpan Pahang. Pengalaman di sana tidak akan hilang dari minda memandangkan itu merupakan kem pertama saya sejak melangkah ke alam sekolah menengah. Tahun lepas, kem ini hanya diadakan di kolej atas faktor kewangan. Walaupun begitu, Kadet Pertahanan Awam keluar selama sehari untuk melakukan aktiviti di hutan sekitar Rumah Haiwan UKM.

Petang itu, kami menjalankan aktiviti ice breaking dan pembahagian kumpulan. Pada malam itu, sukaneka telah dijalankan. Saya berasa puas apabila kadet saya memenangi lebih 5 daripada 9 permainan. Antaranya adalah blindfold, spiderweb, tiup bola ping pong dan futsal sarung. Pada hari Sabtu, aktiviti dijalankan di bilik kaca kolam renang. Malam itu, kami mmenjalankan aktiviti LDK. Atas permintaan segelintir orang, kami mengadakan night walk. Bermula pada jam 1240 pagi, kami berkumpul di blok pensyarah. Kami dibawa berjalan beberapa ketika dan disuruh duduk berseorangan. Bak kata pegawai JPAM, hayatilah bunyi-bunyi alam dan muhasabah diri. Sebagai ahli jabatan, apabila banyak melakukan aktiviti menyelamat, tinggal di hutan beberapa malam bukanlah suatu perkara yang asing. Ketika itu, mata kabur dek kegelapan. Hanya deria lain menjadi petunjuk jalan.

Pada hari Ahad, kami mengadakan sedikit eksplorasi ringkas yang berkaitan dengan ilmu pertahanan awam. Majlis penutup mberlangsung pada sebelah petang. Saya gembira dapat menyertai kem ini dan ia membawa banyak pengajaran untuk diaplikasikan di kemudian hari.