Bajet 2016 merupakan
salah satu daripada projek kewangan negara yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri
Mohd Najib Abdul Razak sejak beliau menjawat jawatan menteri kewangan negara
seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pengubahsuaian bajet ini telah
dilakukan berikutan ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia. Pada awal ucapan
pembentangan, telah dijelaskan tujuan bajet ini dilakukan secara terperinci.
Ia adalah bagi memastikan perkembangan ekonomi terus kukuh. Faktor lainnya
adalah untuk menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup rakyat.
Perbandingan senario ekonomi negara sejak tahun 1997 dan
1998 telah dilakukan.Seperti yang kita sedia maklum, tahun 1998 menjadi
kemuncak krisis ekonomi Malaysia atas beberapa faktor. Pengurusan serta
aktiviti-aktiviti ekonomi dalam negara disemak kembali demi penambahbaikan pada
masa hadapan. Seterusnya, diteliti juga
akan pengurusan ekonomi pada tahun 2008 sehingga 2010 yang juga merupakan waktu
kejatuhan ekonomi. Terkini, 2015 menyajikan kejatuhan ekonomi yang lebih banyak
dari biasa sehingga sekarang.
Akhirnya, sebelas langkah baru telah diutarakan oleh
pihak kerajaan untuk diambilkira oleh pelbaai pihak dalam negara seperti
syarikat-syarikat swasta dan peniaga serta petani. Pertama, pengurangan potongan caruman KWSP
yang akan meningkatkan perbelanjaan semasa. Seterusnya, kepada pembayar cukai
individu yang bergaji RM8000 dan ke bawah sebulan, RM2000 pelepasan khas cukai
dilaksanakan. Ini membuka sedikit ruang kesenangan kepada individu-individu
tersebut apabila penjimatan bayaran cukai setahun adalah RM475. Di samping itu, kerajaan mencadangkan
pengurangan jurang pendapatan antara pegawai atasan dan staf lain.
Institusi kewangan pembangunan akan menambah dana yang
disalurkan hasil pengurangan bajet di bahagian ekonomi lain. Bagi sektor pembangunan
pula, pembangunan untuk rakyat adalah diutamakan. Pembinaan bangunan-bangunan
awam seperti hospital dan sekolah akan diberikan perhatian. Selain itu, program
penggajian dan perlesenan serta pentauliahan pendatang asing tanpa izin (PATI)
akan dijalankan secara sistematik. Program-program ini adalah bagi menangani
masalah kemasukan PATI di Malaysia yang semakin hari semakin meningkat. Langkah ketujuh adalah penguatkuasaan
kerajaan ke atas projek-projek perumahan baru. Beberapa sistem baru juga dijalankan.
Langkah kelapan, sumbangan 30% daripada levi HRDF sebanyak RM200 juta akan
meningkatkan kompetensi pekerja, termasuk yang telah berhenti.
Antara lain adalah usaha meningkatkan jumlah kutipan
hasil dan kecekapan sistem berkaitan. Enam langkah telah diutarakan antaranya
undang-undang terhadap pengelak cukai dan pelonggaran cukai penalti bagi
mengelakkan pembayaran lambat oleh individu. Langkah kesepuluh adalah
pengurangan kos harga barang keperluan harian rakyat. Beberapa cara telah
dilaksanakan seperti program MYBeras untuk rakyat miskin sehingga Disember
2016. Antara lain adalah pasar belian terus FAMA (MyFAMA Outlet) yang
menjanjikan 5%-20% harga lebih rendah.
Tuntasnya, banyak cadangan dan usaha telah kerajaan
utarakan demi kestabilan dan pengukuhan ekonomi negara serta kesejahteraan
rakyat. Langkah mengatasi ekonomi secara asas adalah berhemat dalam
perbelanjaan seperti yang juga merupakan langkah kesebelas merangkap langkah terakhir
pengubahsuaian bajet 2016. Usaha-usaha ini diharapkan mendapat kerjasama
daripada pelbagai pihak dalam negara serta sokongan untuk melaksanakannya.
