Sunday, 1 February 2015

Latihan Bahasa Melayu- Isu Semasa

Merotan anak adalah jenayah?

Merotan anak dengan tujuan mendidik sudah sinonim dalam masyarakat kita. Tetapi, baru-baru ini, kenyataan mengenai akta baharu yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 dikatakan akan mengubah kebiasaan ini. Cadangan ini bakal dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada Jun depan. 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kerajaan tiada pilihan memandangkan Malaysia antara negara yang menandatangani perjanjian Konvesyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). CRC ditubuhkan untuk mempertahankan hak serta suara kanak-kanak dan akta yang melibatkan golongan itu perlulah selari.
Merotan anak akan disifatkan sebagai jenayah. Menurut akta tersebut, ibu bapa atau penjaga yang merotan anak akan dipenjara selama beberapa tahun. Bagamanapun, rata-rata penduduk Malaysia membantah cadangan ini dengan alasan merotan anak untuk mendidik adalah patut.
Kementerian juga akan memperhalusi isu ini. Jika tidak menimbulkan kecederaan fizikal adalah dibenarkan. Tetapi jika terdapat kecederaan fizikal, tindakan akan diambil.

Apakah keputusannya? Adakah Akta Kanak-Kanak 2001 dikekalkan? Atau diganti dengan akta yang baru?Kebanyakan rakyat Malaysia menanti jawapan dalam bangkangan, sama ada zahir atau tidak. Persoalan ini akan terjawab dalam masa beberapa bulan lagi.