Thursday, 31 March 2016

Jurnal Harian - 31 Mac 2016

Hari ini berjalan seperti biasa. Sejak pagi hingga petang, kami mengikuti kelas seperti biasa. Cuma pada waktu kelas Bahasa Melayu, cikgu tidak dapat masuk ke kelas kerana mengiringi peljara Level 1 ke Lawatan ke Bank Negara (?). Result peperiksaan InsyaAllah akan keluar pada minggu depan. Saya tidak meletakkan harapan yang lebih untuk kali ini, memandangkan sistem markah ditukar kepada 80%-20% secara tiba-tiba.

Sedar atau tak, hari ini hari terakhir dalam bulan Mac 2016. Selepas ini, bulan 4 pula. Sudah 1/4 daripada tahun ini sudah kita lalui. Cepat masa berlalu, bukan mudah untuk kita menggunakannya sebaik mungkin.
p/s: semalam sewaktu membuat Google Search, baru saya tahu 31 Mac merupakan tarikh berlakunya Perang Ahzab. Setiap hari tiada alasan untuk kita leka dengan dunia . ^-^

Wednesday, 30 March 2016

Ringkasan Isi Silibus Bahasa Melayu Tinggi

Minggu 11

Jenis-jenis Laras Bahasa

  1. umum - tiada istilah teknikal, mudah, tiada kata pinjaman
  2. teknikal - istilah khusus, ilustrasi
  3.  undang-undang - tiada gambar, prinsip undang-undang
  4. agama - unsur klasik, istilah agama, mengandugi ibarat, kias dan cerita
  5. himbauan - menyatakan faedah dan ajak atau tegah
  6. klasik - tiada tanda baca, ayat pasif, tiada imbuhan asing
  7. kreatif - ayat aktif dan pasif, lambang dan kiasan
  8. kanak-kanak - ayat aktif tunggal, kata akar dan kata adjektif
  9. iklan - grafik, ilustrasi, teknik kesan, ayat tunggal



Ringkasan Isi Silibus Bahasa Melayu Tinggi

Minggu 10

Unit Bahasa
- perkataan - bentuk bebas terkecil
- frasa - satu atau lebih perkataan
- klausa - unit terbesar dalam ayat (subjek dan predikat)
- ayat - terdiri daripada subjek dan predikat (penyata, tanya, perintah, seru)

Jenis Ayat Bahasa Melayu
- selapis, berlapis, berkait, bercampur, ringkas

Ciri Bahasa Wahana Ilmu
- Bahasa Terhad, Bahasa Terbina

Ciri Bahasa Melayu Asas
- bukan bahasa loghat, bukan bahasa pasar, bukan bahasa kanak-kanak

Ciri Khusus Bahasa Ilmiah
- nada bersahaja, istilah khusus, ragam pasif

Laras Bahasa
- penggunaan bahasa yang ditandai oleh ciri-ciri khusus dan setiap laras berbeza mengikut bidangnya.

Kajian Laras Bahasa
- Ciri-ciri Keperihalan - situasi luaran, situasi persekitaran
- Ciri-ciri Linguistik - leksis, tatabahasa, gaya bahasa, kohes

Faktor Laras Bahasa
- Jantina, pendidikan, status sosial,umur

Faktor Kewujudan Kepelbagaian Laras
- pemula, penerima, jenis bahasa, latar


Tuesday, 29 March 2016

Negara-negara Islam di dunia pada masa kini mengalami banyak pergolakan di dalam dan luar negara mereka. Malah negara-negara yang sedang maju dalam perkembangan Islam juga dikecam sesetengahnya. Kuasa asing menceroboh kedaulatan negara atas alasan kekayaan negara tersebut, atau demi menjatuhkan Islam sebahagiannya. Ini memberi kesan buruk kepada rakyat seluruh negara-negara besar tersebut, yang ingin memberontak atas kekejaman kuasa luar yang membuat kacau di dalam negara mereka.

Ada yang ditembak, ditikam seterusnya diculik dengan diseret sejauh berpuluh meter. Melihat video-video berkenaan kekejaman yang dialami oleh rakyat di sana membuatkan saya terfikir tentang perjuangan mereka untuk Islam sehingga sanggup mengabaikan risiko individu yang bakal mereka terima demi manfaat agama dan negara. Bak kata orang, mereka bukanlah sengaja mencari masalah dengan melawan tentera asing secara berseorangan atau kumpulan kecil, tetapi tekadnya hati mereka untuk menunaikan hak agama kepada diri setiap muslim. Dalam keadaan getir, mereka mencari peluang sebaik mungkin bagi melindungi orang lain walau perlu berkorban harta. Dalam keadaan sebegini, korban masa dan harta bukanlah satu persoalan lagi memandangkan hanya nyawa yang menjadi perhitungan bak telur di hujung tanduk.

Sedang saya menulis ini di makmal di sekolah, pandangan saya teralih pada sesuatu di luar tingkap di hadapan saya. Di depan mata saya,sebuah auditorium yang sering dimegahkan berdiri bangga, setinggi kebanggaan pelajar-pelajar, guru, pihak pentadbiran serta Malaysia atas Program PERMATApintar ini. Langit yang biru tanpa dilindungi awan dihiasi burung yang terbang indah menikmati kebebasan. Lantas saya terfikir, ketika saya mengenangkan saudara-saudara Muslim saya di Syria, Palestin dan beberapa negara lain, fizikal saya masih berada di tengah-tengah keamanan dan kebebasan. Jika pandangan saya apabila melontar pandangan ke luar kelas seindah burung berterbangan dan tumbuhan-tumbuhan menghijau, pelajar-pelajar di sana mungkin akan berpaling ke luar kelas disebabkan bangunan berdekatan dibom. Jika saya lebih mensyukuri nikmat Tuhan apabila menyedari hakikat keamanan ini, mungkin mereka menghargai setiap detik yang ada kurniaan Tuhan dengan rasa takut berada di atas bumi sendiri.

Tetapi, perasaan takut mereka tidak menggerunkan hati untuk tetap teguh berjuang mempertahankan negara. Saya sedar, saya tidak merasa ketakutan, kegentaran, kesedihan malah keazaman berjuang sehebat mereka. Untuk tidak henti mengambil berat seterusnya mendoakan mereka saya rasa patut kita mengambil bahagian, sebagai sekecil-kecil usaha kita membantu mereka.

Seorang rakyat negara tersebut pernah menyampaikan mesej khas kepada rakyat Malaysia dan negara-negara Islam lain yang aman, katanya ,"Mereka di Palestin dan Syria meletakkan harapan yang tinggi kepada kamu semua. Mereka melihat kamu sebagai saudara Muslim yang baik yang berasal daripada negara yang aman dan mengamalkan Islam. Kamu mereka lihat sebagai sebuah negara Islam yang berjaya. Jadi jangan tunjuk siapa kamu yang sebenar, dan apa sebenarnya yang sedang kamu lakukan."

Daripada pesanan tersebut tersirat nasihat yang mendalam dan teguran tentang kelakuan rata-rata warga negara kita yang kurang rasa syukur atas nikmat Allah yang menjadi impian rakyat di sana. Tuntasnya, kita perlu memperbaharui niat kita demi Islam setiap hari. Saya juga akhirnya menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama merasai kesakitan dan keperitan mereka, seperti sakitnya kita apabila ia menimpa ahli keluarga kita sendiri. "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga". Kebebasan saudara-saudara Muslim kita di sana, juga kebebasan kita. Kedaulatan mereka, kedaulatan kita. Ketertinggian mereka, kemuliaan kita. Mereka mengharapkan kita membuka mata hati untuk melihat impian mereka melihat langit dihiasi awan tenang, sekolah dan hospital-hospital berdiri teguh mencipta nama. Sahutlah seruan mereka untuk bersama-sama berjuang demi kebebasan!









Thursday, 24 March 2016

Sistem Ejaan Bahasa Melayu

  1. surat khabar
  2. tengah hari
  3. campur tangan
  4. kemas kini
  5. pasar raya
  6. kraf tangan
  7. temu bual
  8. kubis 
  9. lembap
  10. mergastua
  11. martabak
  12. pendeta
  13. tauge
  14. teladan
  15. komisen
  16. pensel 
  17. profil
  18. rebat
  19. spageti
  20. spesies
  21. agregat
  22. atlet
  23. baucar
  24. delegasi
  25. e-mel
  26. faksimile
  27. komersial

Wednesday, 23 March 2016

Istilah Bahasa Melayu


  1. Absorb - serap
  2. Absorbate - serapan
  3. Absorbent - boleh diserap
  4. Absorber - penyerap
  5. Absorptivity - kebolehserapan
  6. Absorptive - boleh serap
  7. Absorption - penyerapan
  8. Peat - tanah gambut 
  9. Pain - kesakitan
  10. Lasting - berkeklan
  11. Atom - atom
  12. Electron - elektron
  13. Professional - profesional
  14. Psychology - psikologi
  15. Structure - struktur
  16. Custom - adat
  17. Grant - memberikan
  18. Plan - pelan
  19. Pension - pencen
  20. Dengue - denggi
  21. Campaign - kempen
  22. Network - rangkaian
  23. Balanced budget - bajet seimbang
  24. Triangle - segi tiga
  25. Circular - pekeliling
  26. Power - kuasa
  27. Horse power - kuasa kuda
  28. Relative - relatif
  29. Order - perintah
  30. Liquid - cecair
  31. Fuse - fius
  32. Realism - realisme
  33. Counter - kaunter
  34. Contigent - kontinjen
  35. Ferrum - ferrum
  36. Assimilation - assimilasi
  37. Zone - zon
  38. Ozone - ozon
  39. Vitamin - vitamin
  40. Novel - novel
  41. University - universiti
  42. Vacuum - vakum
  43. Quota - kuota
  44. Catalogue - katalog
  45. Dialogue - dialog
  46. Tissue - tisu
  47. Scenario - senario
  48. Script - skrip
  49. Scooter - skuter
  50. Aquarium - akuarium
  51. Coupon - kupon
  52. Journal - jurnal
  53. Contour - kontur
  54. Sector - sektor
  55. Stadium - stadium
  56. Dialect - dialek
  57. Diesel - diesel
  58. Maghrib - maghrib
  59. Nucleus - nukleus
  60. Jeep - jip
  61. Ream - rim
  62. Grease - gris
  63. Gear - gear
  64. Idealist - idealis
  65. Effective - efektif
  66. System - sistem
  67. Checque - cek
  68. Vaccine - vaksin
  69. Accent - loghat
  70. Efficient - efisyen
  71. Cent - sen
  72. Carbon - karbon
  73. Cobalt - kobalt
  74. Curator - kurator
  75. Auditorium - auditorium
  76. Aileron - aileron
  77. Aerial - udara
  78. Aesthetics - estetik
  79. Bureau - biro
  80. Ambulance - ambulan
  81. Omega - omega
  82. Jacket - jaket
  83. Pawn - askar
  84. Mega - mega
  85. Tera - tera
  86. Giga - giga
  87. Sin - dosa
  88. Aerial picture - gambaran
  89. Waves  - gelombang
  90. Chlorine - klorin
  91. Final - akhir
  92. Theory - teori
  93. Civilization - tamadun
  94. Ram - ram
  95. Language - bahasa