Wednesday, 20 July 2016

Retorik - Latihan

1. Retorik penghujahan - rasional, tesis, premis dan khalayak
2. Retorik penceritaan - fakta, prinsip kesatuan dan pertautan
3. Retorik pemerian - tepat, jelas, deskriptif
4. Retorik pemujukan - pengaruhan, pemujukan patos, emotif
5. Retorik pendedahan - tepat, tiada emosi, menyatakan dengan berkesan
6. Retorik pemerian - fakta, informatif
7. Retorik pemerian - relevan, rasional, deskriptif
8. Retorik penceritaan - emosi, fakta
9. Retorik pemerian - terperinci, jelas
10. Retorik pendedahan - objektif, tepat, tiada emosi dan pandangan
11. Retorik penghujahan -  tesis, jelas, ada bukti
12. Retorik penghujahan - fakta, tepat, ilmiah
13. Retorik penghujahan - rasional, jelas, tesis jelas

Tuesday, 19 July 2016

Retorik

Retorik Pemerian

Saya bersekolah di Kolej PERMATApintar Negara. Pusat PERMATApintar Negara hanya satu di Malaysia dan dunia. Objektif utama pembinaan pusat ini adalah untuk mengasah bakat pelajar berbakat dan pintar. Pada tahun ini, bilangan pelajar adalah seramai 299 orang. Tahun ini merupakan tahun pertama Kolej PERMATApintar terdiri daripada pelajar Asas 1, Asas 2, Asas 3, Tahap 1 dan Tahap 2.

Retorik Pemujukan

Era globalisasi ini, setiap orang semakin sibuk dalam urusan masing-masing sehingga sebahagiannya tidak berkesempatan untuk menjaga kesihatan diri. Berikutan masalah ini, syarikat kami menghasilkan produk baru demi kesihatan masyarakat. Dengan harga berpatutan, produk kami mempunyai pelbagai spesifikasi yang baru dan amat membantu orang ramai. Penyakit-penyakit ringan terbukti boleh dirawat hanya dengan penggunaan produk kami.  Rasailah kesegaran dan kesihatan selepas mencuba produk kami. Belum cuba, belum tahu!

Retorik Penceritaan

Setiap pagi, saya melihat ayah saya bersiap untuk ke tempat kerja. Setiap hari Rabu, ayah saya akan memakai uniform Kadet Remaja Sekolah memandangkan ayah saya merupakan seorang guru. Pada hari Jumaat pula, ayah saya akan memakai baju Melayu. Setiap pagi, saya tertarik untuk mengetahui warna baju beliau setiap pagi. Sejak saya memasuki asrama, sangat jarang saya melalui rutin tersebut. Namun kini, apabila pulang bercuti, saya dan kakak selalunya membantu ibu menyediakan pakaian-pakaian ayah saya.

Retorik Pendedahan

Apa yang anda faham tentang tatabahasa Bahasa Melayu? Secara amnya, tatabahasa Bahasa Melayu dibahagikan kepada dua; sintaksis dan morfologi. Kajian tentang sintaksis dan morfologi masih galak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji bahasa. Morfologi bermaksud kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan. Morfem merupakan istilah terkenal dalam bidang ini. Sintaksis pula adalah kajian tentang pembentukan ayat. Unit-unit sintaksis adalah ayat, frasa dan lain-lain.

Retorik Penghujahan

Malaysia sedang menuju ke arah status negara industri. Sebagai negara membangun,Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara membangun yang lain demi memastikan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju. Walau bagaimanapun, masalah ekonomi Malaysia kini menjadi kekangan utama yang perlu ditangani segera. Masalah ini akan menyebabkan Malaysia ketinggalan berbanding negara-negara lain dan segala usaha perlu dianalisis kembali. Laungan keramat Wawasan 2020 bagai telur di hujung tanduk.