Tuesday, 16 February 2016

Karangan Pengubahsuaian Bajet 2016

Bajet 2016 merupakan salah satu daripada projek kewangan negara yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sejak beliau menjawat jawatan menteri kewangan negara seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pengubahsuaian bajet ini telah dilakukan berikutan ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia. Pada awal ucapan pembentangan,  telah dijelaskan  tujuan bajet ini dilakukan secara terperinci. Ia adalah bagi memastikan perkembangan ekonomi terus kukuh. Faktor lainnya adalah untuk menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup rakyat.
          Perbandingan senario ekonomi negara sejak tahun 1997 dan 1998 telah dilakukan.Seperti yang kita sedia maklum, tahun 1998 menjadi kemuncak krisis ekonomi Malaysia atas beberapa faktor. Pengurusan serta aktiviti-aktiviti ekonomi dalam negara disemak kembali demi penambahbaikan pada masa hadapan.  Seterusnya, diteliti juga akan pengurusan ekonomi pada tahun 2008 sehingga 2010 yang juga merupakan waktu kejatuhan ekonomi. Terkini, 2015 menyajikan kejatuhan ekonomi yang lebih banyak dari biasa sehingga sekarang.
Akhirnya, sebelas langkah baru telah diutarakan oleh pihak kerajaan untuk diambilkira oleh pelbaai pihak dalam negara seperti syarikat-syarikat swasta dan peniaga serta petani.  Pertama, pengurangan potongan caruman KWSP yang akan meningkatkan perbelanjaan semasa. Seterusnya, kepada pembayar cukai individu yang bergaji RM8000 dan ke bawah sebulan, RM2000 pelepasan khas cukai dilaksanakan. Ini membuka sedikit ruang kesenangan kepada individu-individu tersebut apabila penjimatan bayaran cukai setahun adalah RM475.  Di samping itu, kerajaan mencadangkan pengurangan jurang pendapatan antara pegawai atasan dan staf lain.
Institusi kewangan pembangunan akan menambah dana yang disalurkan hasil pengurangan bajet di bahagian ekonomi lain. Bagi sektor pembangunan pula, pembangunan untuk rakyat adalah diutamakan. Pembinaan bangunan-bangunan awam seperti hospital dan sekolah akan diberikan perhatian. Selain itu, program penggajian dan perlesenan serta pentauliahan pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dijalankan secara sistematik. Program-program ini adalah bagi menangani masalah kemasukan PATI di Malaysia yang semakin hari semakin meningkat.  Langkah ketujuh adalah penguatkuasaan kerajaan ke atas projek-projek perumahan baru. Beberapa sistem baru juga dijalankan. Langkah kelapan, sumbangan 30% daripada levi HRDF sebanyak RM200 juta akan meningkatkan kompetensi pekerja, termasuk yang telah berhenti.
Antara lain adalah usaha meningkatkan jumlah kutipan hasil dan kecekapan sistem berkaitan. Enam langkah telah diutarakan antaranya undang-undang terhadap pengelak cukai dan pelonggaran cukai penalti bagi mengelakkan pembayaran lambat oleh individu. Langkah kesepuluh adalah pengurangan kos harga barang keperluan harian rakyat. Beberapa cara telah dilaksanakan seperti program MYBeras untuk rakyat miskin sehingga Disember 2016. Antara lain adalah pasar belian terus FAMA (MyFAMA Outlet) yang menjanjikan 5%-20% harga lebih rendah.

Tuntasnya, banyak cadangan dan usaha telah kerajaan utarakan demi kestabilan dan pengukuhan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat. Langkah mengatasi ekonomi secara asas adalah berhemat dalam perbelanjaan seperti yang juga merupakan langkah kesebelas merangkap langkah terakhir pengubahsuaian bajet 2016. Usaha-usaha ini diharapkan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak dalam negara serta sokongan untuk melaksanakannya. 

No comments:

Post a Comment