Assalamualaikum...
Saya bangun, solat dan bersiap. Selepas itu, saya terus ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan. Selesai perhimpunan, jadual semua pelajar Asas 1 adalah Elektif. Memandangkan kami tidak mengambil Elektif, kebiasaannya kami duduk di kelas dan membuat assignment. Hari ini, beberapa pelajar termasuk saya sarapan ketika waktu subjek Elektif di Dewan Makan.
Selepas rehat, kami ke perpustakaan kerana semua guru mempunyai mesyuarat. Kami duduk di situ selama 2 jam dan kemudian makan tengah hari. Pada petang pula, kelas Biologi dan Seni Visual pun dibubarkan kerana mesyuarat instruktor. Guru Biologi kami sudah berkata bahawa hari Rabu merupakan 'hari kegemaran' untuk diadakan mesyuarat. Jadi, pelajar pun bergembira!!!:)
Pada waktu malam, selepas maghrib, sepatutnya kelas kami menjaga aktiviti surau, tetapi kami, pelajar perempuan Asas 1 mengadakan diskusi mengenai Permatapintar.
Kami juga mengadakan prep malam ini di kelas pelajar Asasipintar kerana kelas kami akan digunakanuntuk temuduga pelajar Tahap 2 esok oleh Petronas. Selepas siap kerja, saya bermain permainan komputer di komputer riba kawan saya. Saya seronok! Kami balik ke bilik dan membuka blog untuk membuat jurnal ini.
Akhirnya, saya berasa sangat seronok hari ini!:D

No comments:
Post a Comment