Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya minta maaf kalau refleksi saya selama ini tak menarik...
Pagi ini, saya bangun jam 6 pagi. Saya tergesa-gesa kerana ingin membasuh baju. Saya dan kakak ke tingkat 1 kerana mesin basuh di tingkat 3 penuh. Tapi duit tak boleh masuk. Kaim naik dan basuh di atas walaupun mesin ada masalah. Dipendekkan cerita, kami habis RM8 untuk membasuh baju yang selalunya hanya RM2 seminggu.
Saya ke sekolah memakai baju putih hari ini, bukan uniform sekolah kerana sebab tertentu. Hehe... Kami belajar macam-macam hari ini. Assignment juga masih banyak perlu disiapkan. Di kelas Sejarah, kumpulan saya membentangkan assignment minggu lepas. Kemudian kami balik ke bilik dan saya berkejar ke Blok lain untuk menolong kawan print assignment. Jadi saya tak tidur pada tengah hari seperti kebiasaan.
Kemudian kami belajar lagi. Petang itu, kami merancang untuk pergi riadah kerana Jumaat ini ada pertandingan Merentas Desa. Tetapi hujan. Apa pun, saya harap saya dapat meningkatkan stamina kerana sudah terlalu lama saya tidak riadah.
Itu saja, terima kasih...

No comments:
Post a Comment