Sunday, 1 March 2015

Refleksi Mingguan - 12-18 Januari 2015 (minggu 1)

12 Januari, bermulalah sesi persekolahan di Malaysia. Ditunda seminggu atas alasan banjir yang melanda beberapa negeri, kami sebagai pelajar sekolah berasa amat gembira. Kiraan saya, mungkin hampir semua pelajar bergembira dengan berita ini, bagi yang tidak terkena tempiasnya banjir. 12 Januari juga, merupakan Hari Anugerah pertama bagi saya yang baru setahun menjadi warga Kolej PERMATApintar. Tetapi bukanlah giliran saya pada tahun ini untuk mendapat anugerah. Diharap, tahun ini kami lebih cemerlang dalam semua aspek. Hari ini juga,keputusan Peperiksaan 4 dikeluarkan. Semoga pointer dan markah serta ilmu kami meningkat selari dengan masa dan umur kami yang juga bertambah.

Minggu ini, Asas 2 menantikan roommate masing-msing, yang terdiri daripada pelajar Tahap 1 dan Asas 1 yang akan mendaftar pada hujung minggu ini. 18 Januari, kami menyambut pelajar baru dengan meriah. Asas 2 perempuan membuat sedikit persembahan. Kami cuba sebaik mungkin, seperti latihan-latihan kami sepanjang minggu walaupun sememangnya tidak sempurna. Kami enjoy.  Kami harap, pelajar Tahap 1 dan asas 1 akan menjadi sebahagian daripada komuniti kami yang cemerlang, berjaya serta menghormati orang lain.

No comments:

Post a Comment