Oh, Februari rupanya. Cepat sungguh masa berlalu. Bak kata Zairin, kawan kami, "Antara tanda-tanda bahawa kiamat sudah dekat adalah apabila masa terasa berlalu begitu cepat. Sekejap saja, sudah hari esok. Sebentar lagi, minggu baru tiba. Tidak lama kemudian, bulan baru menyambut."
Exco Kebersihan dan Kebajikan mengadakan pertandingan yang diberi nama "Hey, I'm Not Rubbish!". Pertandingan ini disertai semua pelajar kecuali Tahap 2. Pelajar bertanding mengikut kelas. Diberi lebih urang dua minggu, kami menyiapkannya hanya pada malam sebelum prototaip akan dipersembahkan. Diberi nama Incilter, kami mereka sebuah incinerator yang mempunyai penapis bahan-bahan kimia dan toksik, lantas membantu pengurangan pemanasan global.
Kami tidak mendapat anugerah. Pun begitu, kami gembira dan enjoy menjalankan aktiviti ini. Malah kegembiraan pelajar 2K2 juga bertambah, sejurus 2K3 dianugerahkan sebagai persembahan terbaik Asas 2 dan 2K1 menyandang anugerah Persembahan Terbaik Keseluruhan. Ukhuwah kami, rapat. Insyaallah akan bertambah rapat sebagai satu pasukan yang mempunyai sejarah tersendiri di Kolej PERMATApintar.
No comments:
Post a Comment