Tuesday, 19 January 2016

Latihan Rumusan

Kesan kenaikan harga barang di negara kita dan langkah kerajaan menanganinya

Isu kenaikan harga barang banyak meniti di bibir-bibir masyarakat kebelakangan ini. Walaupun setelah kerajaan mengisytiharkan larangan kenaikan harga oleh peniaga, mereka tetap mementingkan keuntungan.

Pengguna berang akan tindakan peniaga menaikkan harga barang tanpa pengumuman rasmi kenaikan harga oleh kerajaan. Ini menyukarkan urusan pembelian oleh pengguna kerana kuasa pembelian mereka terhad. Perkara ini menjurus ke arah pembayarna yang lebih mahal disebabkan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Setiap kadar kenaikan harga akan sentiasa berlarutan malahan peniaga akan menaikkan harga barangan mengikut kehendak masing-masing tanpa belas kasihan. Demikian itu, ia akan menyebabkan pertambahan bebanan kepada pengguna terutamanya bagi yang kurang berkemampuan. Justeru, para pengguna sudah mencapai  kata sepakat bahawa jika perkara ini berlarutan dan tidak diambil iktibar oleh peniaga,tindakan segera perlu diambil oleh pihak yang berkuasa. Jika tidak, perkara ini mampu melahirkan budaya yang tidak sihat di kalangan peniaga pada generasi akan datang.

 Kesimpulannya, rakyat merasakan bahawa kerajaan perlu mengatasi isu yang membebankan ini. Ketika rakyat dihimpit masalah kewangan, kerajaan perlu menggalakkan peniaga lebih membantu ekonomi negara sebagai langkah kepada kestabilan ekonomi pada masa akan datang. Peniaga pula perlu memberikan komitmen dalam mengatasi isu kegawatan ini yang melibatkan kerjasama setiap individu.

No comments:

Post a Comment