BANGI, 5 Januari 2016 - Program hari ini dimulakan pada jam 8 pagi. Program Re-Orientasi Pelajar Lama Kolej PERMATApintar Negara telah diadakan oleh barisan pentadbir dan para instruktor. Program ini dilangsungkan di auditorium Pusat PERMATApintar negara memandangkan ini adalah sebuah program yang melibatkan kebanyakan warga Kolej PERMATApintar Negara. Seramai 210 pelajar yang terdiri daripada Asas 2, Asas 3 dan Tahap 2 telah menyertai program ini.
Program ini bertujuan untuk mengingatkan kembali pelajar-pelajar tentang peraturan dan sistem di Kolej PERMATApintar. Ia juga dapat menaikkan semangat pelajar untuk meneruskan pembelajaran di sini dan sebagai permulaan baru pada tahun ini. Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak memberi ucapan setelah pembukaan majlis secara ringkas. Beliau membicarakan tentang sebuah topik yang sangat penting bagi semua pihak. Gaya penyampaian beliau jelaslah sangat memukau para hadirin. Slot beliau menunjukkan cara penyampaian dan penerimaan yang sebenar, antaranya komunikasi dua hala. Seterusnya, Prof Madya Dr Hj Mohd Arif juga memberi sedikit pesanan serta amanat kepada para pelajar. Beliau mengharapkan prestasi yang lebih baik ditunjukkan oleh pelajar pada tahun ini dalam pelbagai bidang.
Menginjak waktu ke tengah hari, guru HEA kolej ini, Pn Aishah megulas serba sedikit tentang akademik para pelajar. Beberapa peraturan akademik yang baru dikuatkuasakan dan pelajar-pelajar tersebutnya menganggapnya sebagai suatu pengajaran. Seterusnya, Prof Madya Dr Rorlinda mengulas tentang peraturan-peraturan yang sedia tertulis dalam Buku Panduan Kolej PERMATApintar Negara. Beliau juga ada meminta pendapat pelajar tentang masalah-masalah mereka sepanjang menuntut ilmu di sini selama setahun dan lebih. Dr Rorlida amat gemar menunjukkan keprihatinan beliau terhadap pelajar dan keadaan sekeliling.
Pada jam 2:30 petang, semua pelajar kembali ke auditorium selepas menunaikan solat Zuhur dan makan tengah hari. Sesi taklimat kaunseling dijalankan. Empat kaunselor Pusat PERMATApintar Negara berucap secara ringkas tentang khidmat kaunseling. Sebagai kaunselor, gaya pengulasan mereka sangat mempengaruhi minda pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan gembira dan bersemangat walaupun agak letih. Mereka juga bertanya pelbagai soalan yang menarik dalam bidang kaunseling. Tepat jam 3:30 petang, Guru Kokurikulum mengambil alih pentas dan memaklumkan pelajar tentang aktiviti-aktiviti kokurikulum pada tahun ini. En Mior juga menerangkan tentang prosedur mendaftar kokurikulum kelab, sukan dan permainan dan unit badan beruniform. Beliau telah menggunakan sistem yang lebih memudahkan banyak pihak berbanding kaedah sebelum ini. Di sebelah malam, En Fadzil selaku Warden Asrama telah memberi taklimat dan peringatan tentang peraturan-peraturan di asrama.
Hasil daripada program ini, pelajar dilihat lebih mematuhi peraturan yang ditetapkan dan semakin bersemangat menjalani hari-hari persekolahan 2016.
No comments:
Post a Comment