Thursday, 5 May 2016

Jurnal - Kem Unit Beruniform

Pada petang Jumaat 15 April, kami ke auditorium Pusat PERMATApintar Negara untuk majlis penyerahan pelajar. Majlis perasmian berjalan seperti biasa dengan kehadiran pegawai-pegawai dari unit-unit beruniform. Kolej PERMATApintar memilih Kadet Polis, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Bomba dan Penyelamat serta Kadet Bulan Sabit Merah.

Setelah berakhirnya majlis yang berlangsung selama sejam itu, maka bermulalah Kem Unit Beruniform dan Jati Diri Kolej PERMATApintar Negara bagi sesi 2016. Kami sudah teruja untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan walaupun kem ini hanya di sekitar kolej. Pada tahun 2014, kem diadakan di hutan simpan Pahang. Pengalaman di sana tidak akan hilang dari minda memandangkan itu merupakan kem pertama saya sejak melangkah ke alam sekolah menengah. Tahun lepas, kem ini hanya diadakan di kolej atas faktor kewangan. Walaupun begitu, Kadet Pertahanan Awam keluar selama sehari untuk melakukan aktiviti di hutan sekitar Rumah Haiwan UKM.

Petang itu, kami menjalankan aktiviti ice breaking dan pembahagian kumpulan. Pada malam itu, sukaneka telah dijalankan. Saya berasa puas apabila kadet saya memenangi lebih 5 daripada 9 permainan. Antaranya adalah blindfold, spiderweb, tiup bola ping pong dan futsal sarung. Pada hari Sabtu, aktiviti dijalankan di bilik kaca kolam renang. Malam itu, kami mmenjalankan aktiviti LDK. Atas permintaan segelintir orang, kami mengadakan night walk. Bermula pada jam 1240 pagi, kami berkumpul di blok pensyarah. Kami dibawa berjalan beberapa ketika dan disuruh duduk berseorangan. Bak kata pegawai JPAM, hayatilah bunyi-bunyi alam dan muhasabah diri. Sebagai ahli jabatan, apabila banyak melakukan aktiviti menyelamat, tinggal di hutan beberapa malam bukanlah suatu perkara yang asing. Ketika itu, mata kabur dek kegelapan. Hanya deria lain menjadi petunjuk jalan.

Pada hari Ahad, kami mengadakan sedikit eksplorasi ringkas yang berkaitan dengan ilmu pertahanan awam. Majlis penutup mberlangsung pada sebelah petang. Saya gembira dapat menyertai kem ini dan ia membawa banyak pengajaran untuk diaplikasikan di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment