Hari Isnin dan Selasa pada minggu ini diisi dengan aktiviti sukantara. Sekolah cuti dan kami semua menyertai aktiviti yang telah dijadualkan oleh Exco Sukan. Pagi Isnin itu, pelajar perempuan menghantar wakil rumah utnuk bola tampar dan lelaki untuk water polo. Pada hari Selasa, aktiviti pagi dimulakan dengan larian 100m sehingga jam 10 pagi. Selepas itu badminton dan ping pong bertanding di dewan serbaguna.
Pada hari Rabu dan Khamis, sukantara hanya dijalankan pada waktu petang. Pada setiap mala sepanjang minggu ini, perlawanan di dewan serbaguna tetap berlangsung memandangkan banyak kategori dan peringkat. Pada hari Sabtu, Hari Terbuka Asrama dijalankan serentak dengan Hari Keusahawanan. Setiap rumah sukan perlu membuat aktiviti bagi mengumpul wang untuk perhiasan khemah pada hari sukan nanti. Sapphire mengadakan The Infested Land, Emerald dengan Fear Factor, serta Ruby dan Topaz dengan sukaneka.
Minggu ini sangat padat dengan aktiviti sehingga setiap malam akan balik lewat serta rehat tengah hari dan petang yang tak menentu. Walaupun begitu, kami enjoy dengan kenangan-kenangan manis ini, dengan mengatasi setiap masalah yang boleh menjadikan ia sebagai kenangan pahit.
No comments:
Post a Comment