a. kemas
- Majikan syarikat itu sentiasa berpakaian kemas demi menjaga personaliti beliau sebagai usahawan berjaya.
b. mengemaskan
- Kakak membantu ibu mengemaskan ruang tamu rumah yang bersepah dengan majalah-majalah lama.
c. kekemasan
- Individu yang berkerjaya sentiasa menjaga kekemasan diri dan persekitaran agar dilihat lebih berwawasan.
d. harga
- Ketika membeli-belah, ayah mementingkan harga dan kualiti barang yang dibeli sebagai langkah berjimat-cermat.
e. menghargai
- Ceramah motivasi itu yang disampaikan di sekolah menengah itu bertujuan menggalakkan pelajar untuk lebih menghargai usaha dan pengorbanan orang lain.
f. penghargaan
- Anugerah Tokoh Pelajar yang disandang oleh pelajar lelaki itu adalah sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah.
Ayat aktif kepada ayat pasif
a. Beberapa buah buku masakan tradisional telah dihasilkan oleh saya antara tahun 2000 hingga 2006.
b. Sayur-sayuran di belakang rumah mesti disiram oleh kamu pada setiap petang.
c. Latihan intensif selama tiga bulan itu dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara.
Kesalahan ejaan dan imbuhan
a. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.
b. Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.
c. Pengurus syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
Kesalahan penggunaan atau istilah dan tatabahasa
a. Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.
b. Keseluruhan penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.
c. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang rombakan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment