Wednesday, 3 August 2016
Latihan
Ayat aktif kepada ayat pasif
1. Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah baru bapa saudara saya sedang ditebang olehnya.
2. Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya sedang bdimarahi oleh guru disiplin yang garang itu.
3. Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.
4. Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah dilukis oleh saya.
5. Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik belum dijelaskan oleh awak.
Ayat pasif kepada ayat aktif
1. Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.
2. Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu memainkan perasaan gadis itu.
3. Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.
4. Pegawai Amanah Saham Nasional sedang menjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.
5. Para pekerja di bahagian pemprosesan memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment