Monday, 28 April 2014

Puisi tentang MH370

MH370


Tanggal 8 Mac mencipta sejarah,
Mencipta nama setiap pelosok dunia,

Dikau membawa penumpang menuju Beijing,
Dari Lapangan di Kuala Lumpur,
Hilang dari radar tanda awalnya.

MH370,
Kerna hilang kau dapat nama,
Setelah diri tidak terkenal,
Kau tiada, namamu ada,
Menjadi sejarah ingatan kami.

Keluarga sedih, negara simpati,
Atas apa menimpa dikau,
Keluarga memberontak,menyalahkan pemimpin,
Demi itu, pulanglah wahai pembawa penumpang.

MH370,
Adakah kau sedar,dirimu dicari?
Atau kau sudah tak sedar, wahai MH370?


Banyak spekulasi seluruh dunia,
Lautan Hindi pencarian utama,
Sebulan lebih tak dijumpai,
Negara lain ramai menarik diri.

MH370,
Adakah engkau dirampas?
Adakah engkau terhempas?
Berilah jawapan kepada kami,
Tuk kurangkan gusar keluarga penumpang.

MH370,
Kemana dikau?
Mengapa kau hilang?
Mengapa kau hanya berdiam diri?
Munculkan dirimu hai MH370,
Ya tuhan, bantulah kami mencarinya.                                                             

MH370
Keluarga penumpangmu menantimu, 
Seluruh Malaysia menantimu,
Malah seluruh dunia menantimu,
Pulanglah,pulanglah....      




4 comments:

  1. Puisi yang sangat bagus. Ada kronologi peristiwa, penggunaan kata2 yang memberi kesan hebat, pandangan sendiri seperti ayat 'Keluarga memberontak,menyalahkan pemimpin, Demi itu, pulanglah wahai pembawa penumpang.' Ada juga penyataan kesan2 daripada peristiwa MH370 bukan setakat menyatakan rasa simpati. 4/5 Tahniah~ *Thumbs up

    ReplyDelete
  2. Bagus, tapi boleh perbaiki lagi. Puisi ini seolah-olah mendesak MH370 untuk pulang.... Fikirkanlah perasaan keluarga penumpang ketika menulis puisi ini. Tapi masih bagus!

    ReplyDelete